Apa Perlu Buat Selepas Putus Cinta? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Apa Perlu Buat Selepas Putus Cinta?

Parahnya menanggung rasa sedih kerana tak lagi bersama si dia. Pengalaman post-break up daripada pembaca Cosmo berikut wajar dijadikan tauladan.

Foto: shutterstock.com

Kisah 1: “Saya pernah dapatkan nombor telefon baru untuk hantar mesej kepadanya. Saja nak lihat jika dia sudi layan atau tidak. Tapi bila dia layan mesra, saya pula yang sakit hati!” – Myra, 24 tahun.

Kisah 2: “Selepas putus hubungan, bekas teman lelaki ganggu saya selama sebulan dengan menggunakan nombor lain. Saya pasti dia dalangnya, tapi bila ditanya mati-matian dia tak mengaku. Tapi lama kelamaan dia sendiri yang terkantoi.” – Intan, 22 tahun.

Kisah 3: “Layan lagu jiwang berulang kali sambil menangis. Berpuluh kali ulang lagu sama, bila diingatkan kembali memang kelakar!” – Ikin, 27 tahun.

Kisah 4: “Perkara paling bodoh? Saya kelar tangan hingga berdarah, kemudian ambil gambar dan send kepadanya. Sampai sekarang ada parutnya.” – Felicia, 25 tahun.

Kisah 5: “Bila dapat tahu dia dah ada teman wanita baru, saya buka akaun Facebook lain semata-mata nak lihat sendiri siapa gadis itu. Tapi lama kelamaan saya yang frust menonggeng sebab tengok gambar bahagia mereka termasuk ayat manja mereka berdua. Alahai…” – Wanny, 21 tahun.

PENGAJARAN: Walaupun sakit itu amat mendalam dan kamu fikir seolah tidak mungkin untuk kamu move on daripadanya, Cosmo minta kamu berikan diri sendiri masa untuk pulihkan kembali hati yang terluka itu. Jangan terburu-buru dan jangan sesekali hanyut dibuai perasaan sedih itu. Ini kerana ia boleh take over kesedaran mental kamu dan buatkan kamu cenderung untuk lakukan perkara-perkara tidak sepatutnya.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert