Conan Gray Bakal Lancar Album Debut, Kid Krow 20 Mac Ini! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Conan Gray Bakal Lancar Album Debut, Kid Krow 20 Mac Ini!

Kalau kamu peminat Troye Sivan, Lorde atau Lana Del Rey, kamu pasti akan suka muzik Conan Gray – penyanyi sad pop yang semakin berkembang dalam industri muzik Amerika Syarikat.
Foto: Instagram / @conangray

Conan Gray, 21, bermula dengan membuka saluran YouTube ketika berumur 10 tahun dan mengalami kesukaran pada zaman kanak-kanaknya antaranya kerana dia berdarah kacukan (Irish dan Jepun) yang tinggal di Texas. Minat Conan terhadap aliran seni sudah terserlah sejak kecil lagi – melukis, menulis lirik, dan menyanyi melalui video-video di YouTube. Dia pernah memuat naik beberapa video cover lagu daripada penyanyi kegemarannya seperti Lana Del Rey ketika dia remaja, selain vlogging dan berkongsi gaya hidupnya sebagai pelajar sekolah di Texas suatu ketika dahulu (video Conan sangat aesthetic pleasing!).

Foto: Instagram / @conangray

Namun, kini dia jarang melakukan aktiviti sedemikian kerana lebih fokus kepada muzik sejak melancarkan debut EP Sunset Season di bawah naungan label Republic Records, serta Conan Gray The Sunset Show Tour merupakan jelajah persembahan pertamanya pada tahun 2018 – kemudian The Comfort Crowd Tour (2019). Sebelum ini, single asli pertama yang dikongsi oleh Conan adalah Lovesick Boys (2016), The Other Side (2016) dan Treehouse (2017) antaranya, yang dihasilkan sendiri walaupun bukan secara profesional. Kemudian, dia melancarkan single Idle Town (2017) sebagai satu simbolik kenangan Conan setelah menamatkan zaman sekolahnya di YouTube – kemudian, ia telah menarik perhatian label muzik tersebut.

Foto: Instagram / @conangray

Conan, daripada penampilan seorang YouTuber yang tampak pemalu, soft boy dengan rambut liar kerinting di hadapan suatu ketika dulu, kini tampil totally different – lebih kelihatan seperti e-boy. Namun, keazamannya masih sama untuk mengejar impian yang dipegang selama ini iaitu ‘muzik adalah nyawanya’.

Fun fact: penyampaian lagu Conan kebanyakannya mengenai kisah kesedihan tentang cinta, kesunyian, persahabatan, pengkhianatan dan Conan mengakui dirinya tidak pernah ada pengalaman cinta pertama dan first kiss (yeah, agak TMI tapi Conan tidak kisah berkongsi tentang hidupnya kepada peminat di laman media sosialnya). Dia juga menganggap dirinya sebagai lonely kid sebab kadangkala dia banyak rasa kesunyian. Fokus utama Conan kepada muzik menyebabkan dia tidak meneruskan lagi pengajiannya di UCLA.

Lagipun, Conan akan melancarkan album debut, Kid Krow pada 20 Mac ini yang merangkumi 12 lagu – Comfort Crowd, Wish You Were Sober, Maniac, (Online Love), Checkmate, The Cut That Always Bleeds, Fight or Flight, Affluenza, (Can We Be Friends?), Heather, Little League dan The Story.

Sneak peak sebaris lirik salah satu lagu dalam album Kid Krow yang dikongsinya di Instagram Live Sabtu lalu. 👀

Conan membuat pengumuman di Twitter mengatakan muzik video Wish You Were Sober akan dikeluarkan esok (19 Mac) pada jam 12am (waktu Malaysia.)

Buat kamu yang tak pernah langsung mengenali Conan Gray, inilah masa untuk kamu cuba mendengarnya! Dan buat kamu yang sedang menunggu album pertama Conan, apa kata dengar throwback di sini dulu… You’re welcome!

Oleh: Qistina Jafril

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Maniac (2020)