Cipta Lagu Khas Untuk Justin Bieber, Hailey Dan Selena Gomez Berperang?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cipta Lagu Khas Untuk Justin Bieber, Hailey Dan Selena Gomez Berperang?

Tidak pasti apa lagi yang Selena Gomez mahukan daripada bekas kekasihnya, Justin Bieber. Walaupun tiada sebarang kenyataan daripada Selena, tetapi lagu terbarunya, Lose You To Love Me dan Look At Her Now dikatakan ditujukan kepada Justin.

Baru sahaja melancarkan dua single terbaru minggu lalu, lirik kedua-dua lagu itu mengisarkan tentang kisah cintanya yang terdahulu. Memilih untuk melancarkannya beberapa minggu selepas majlis resepsi Justin dah Hailey, peminat dapat mengagak dakwaan itu.

Selena mengakui yang dia mahu lagu-lagu itu didengar oleh individu khas yang dia tujukan. Kontroversi tersebut membuatkan bukan sahaja peminat Justin dan Selena berbalahan, malah peminat Hailey juga turut sama berang. Hailey sendiri memuat naik satu posting di Insta-story dengan kapsyen ‘Now listening to… I’ll Kill You’, seolah-olah berbalas respon dengan Selena.

Selena dan Justin sebelum ini dilihat sebagai pasangan Hollywood bak merpati sejoli. Malah percintaan mereka dilihat bakal berakhir dengan perkahwinan. Kali pertama mereka mengakui bercinta pada tahun 2010, Selena dan Justin kemudian secara rasmi berpisah pada awal tahun 2018.


Ketika diwaktu berpisah sementara dengan Selena, Justin dilaporkan keluar dengan Hailey. Dikaitkan sebagai punca perpisahan antara Justin – Selena, Hailey kemudian dilaporkan bernikah dengan Justin pada September 2018 di sebuah gereja di New York.

Foto: depositphotos.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness