Cintai Alam Sekitar Dengan Kereta Pilihan Cosmo - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cintai Alam Sekitar Dengan Kereta Pilihan Cosmo

Semakin ramai di antara kamu memupuk gaya hidup lestari. Jadi, Cosmo nak bantu kamu untuk terus cintakan alam sekitar dengan menukar kereta baru. BMW i3s tidak asing dengan elemen kelestarian – sebuah kereta yang dibangunkan daripada usul konsep untuk merangkumkan bahan semula jadi, bahan boleh dikitar semula, serta bahan yang telah dikitar semula.

Malah sebelum produksi dimulakan, BMW i3s dirumus khas untuk memastikan kuota konsisten yang merangkumi 95 peratus bahan boleh dikitar semula dikecapi, terutamanya bagibahan-bahan melibatkan aluminium dan kuprum yang tidak boleh dikitar semula.

Permukaan interior diperbuat daripada 80 peratus bahan boleh dikitar semula, bahan natural, termasuk bahan yang telah dikitar semula. Mengimbas ke seksyen hadapan, panel instrumen yang menawan dapat dilihat oleh pengguna, ia diperbuat daripada kayu eucalyptus berliang terbuka yang dituai dengan kaedah yang tertib. Permukaannya yang berciri kalis lembapan bermakna ia memerlukan tahap pemprosesan permukaan yang jauh lebih rendah, iaitu sebanyak 90 peratus berbanding material kayu konvensional. Pada tahun 2013, BMW Group muncul sebagai pengeluar automotif yang pertama mengguna pakai kayu eucalyptus yang didapatkandaripada 100 peratus kayu yang diiktiraf dari pengurusan perhutanan yang bertanggungjawab.

Pelapik pintu (door lining) dan pelitup panel instrumen kenderaan ini, yang biasanya diperbuat daripada bahan plastik berasaskan petroleum sebaliknya digantikan dengan gentian kukuh daripada kenaf, sejenis tumbuhan berasal daripada keluarga Malvaceae yangmampu menukar jumlah karbon dioksida yang banyak kepada oksigen ketikafasa pertumbuhannya.

Ia bukan saja mengurangkan jumlah berat jentera ini secara signifikan, malah struktur badannya yang mempesonakan juga menyingkirkan keperluan pelekapan, lantas menyumbang kepada elemen kelestarian yang dibawakan oleh reka bentuk BMW i3s. Bersama sebuah agensi pembangunan – Deutsche Gesellschaft für internationale Zusammernarbeit – BMW Group telah melatih sekitar 1,000 petani kenaf tempatan untuk menjamin aktiviti penuaianyang lestari bagi bahan semula jadi ini.

Tempat duduk jentera BMW i3s yang pertama merungkaikan bahan kulit yang diperangkan secara natural dengan ekstrak daun zaitun. Melalui proses yang tertib, daun-daun ini didapatkan daripada hasil tuaian zaitun di selatan Eropah, ia mengelakkan pembaziran skala besar melibatkan bahan-bahan semula jadi. Material kulit tersebut yang diperangkan dengan halus juga membentuk sebuah kemasan empuk, ia menzahirkan aroma kesegaran pada tempat duduk jentera ini, meregulasikan kelembapan serta suhu untuk memperkayakan keselesaan yang dapat diamati ketika pemanduan.

Jika kamu pemilik BMW i3s yang pertama ini juga boleh menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi:

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Dalam Talian oleh BMW

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist