Cinta Baru Taylor Swift dengan Tom Hiddleston
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
cosmomy taylor swift & tom hiddleston

Cinta Baru Taylor Swift Dengan Tom Hiddleston

cosmomy taylor swift & tom hiddleston

Foto: TPGNews/clickphotos

Hanya selepas dua minggu berpisah dengan DJ Calvin Harris, puteri pop Taylor Swift sudah temui cinta baru bersama aktor kacak Tom Hiddleston. Ia bukan sekadar gosip kerana ada banyak foto yang secara langsung mengesahkan mereka kini sedang intim.

Taylor and Tom Hiddleston in Rhode Island today.. #taylorswift #tomhiddleston

A post shared by Taylor Swift (@taylorswuft) on

Pasangan yang mula digelar Hiddleswift ini keluar bersiar-siar di tepi pantai di Rhode Island di mana Taylor mempunyai kediaman retreat di situ. Mereka memakai baju kasual dan masing-masing berkaca mata hitam. Walaupun kawasan pantai itu dipenuhi orang ramai, mereka tidak langsung menghiraukannya dan cukup mesra. Lebih mesra apabila pasangan dilamun cinta ini berkucupan dan tidak lekang dari berpegangan tangan.

 

Walaupun pihak Taylor menyangkal aktor yang dikenali dalam filem Thor dan kini popular melalui drama The Night Manager ini adalah punca perpisahannya dengan Calvin. Media barat sudah kencang melaporkan kisah percintaan baru penyanyi berusia 26 tahun ini. Taylor khabarnya memutuskan hubungan 19 bulannya dengan DJ popular itu kerana kekasihnya itu tidak mahu komitmen berkeluarga dan berkahwin.

Taylor pertama kali bertemu dengan Tom di majlis Met Gala pada 4 Mei lalu. Mereka duduk bersebelahan dan terus mesra sepanjang malam. Media turut menemui klip kemesraan mereka itu ketika berdansa bersama. Tom dikatakan telah jatuh hati dan sering menghantar bunga kepada Taylor selepas itu.

Taylor and Tom Hiddleston in Rhode Island today.. #taylorswift #tomhiddleston

A post shared by Taylor Swift (@taylorswuft) on

Taylor and Tom Hiddleston in Rhode Island today.. #taylorswift #tomhiddleston

A post shared by Taylor Swift (@taylorswuft) on

Taylor and Tom Hiddleston in Rhode Island today.. #taylorswift #tomhiddleston

A post shared by Taylor Swift (@taylorswuft) on

Taylor and Tom Hiddleston in Rhode Island today.. #taylorswift #tomhiddleston

A post shared by Taylor Swift (@taylorswuft) on

Taylor Swift cukup dikenali dengan kisah cintanya dengan lelaki popular dan sering menyelitkan pengalaman cintanya terutama selepas putus cinta. Sejak tujuh tahun lalu, penyanyi yang bermula dengan genre country ini berpacaran dengan tujuh jejaka yang semuanya popular, kacak dan digilai ramai. Bermula dengan Joe Jonas, Taylor Lautner, John Mayer, Jake Gyllenhaal, Conor Kennedy, Harry Styles dan terbaru Calvin Harris.

Tom Hiddleston yang kini meraih populariti dan digelar aktor paling hangat di Britian melalui The Night Manager punyai kisah cinta yang low profile dan paling lama bercinta dengan aktres Susannah Fielding sehingga tahun 2011. Sejak itu dia sering dikaitkan dengan ramai aktres yang berlakon bersamanya termasuk Elizabeth Olsen dan Jessica Chastain.

Lebih mengujakan, media Barat sudah menggembar gemburkan bahawa Tom adalah pilihan nombor satu untuk bergelar bintang Bond 007 menggantikan era Daniel Craig. Aktor berusia 35 tahun ini bakal menjadi perhatian dengan kisah cintanya ini.