Chinese Food Yang Pasti Memikat Hati Kamu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Chinese Food Memikat Hati

Chinese Food Yang Pasti Memikat Hati Kamu

Restoran signature Westin Kuala Lumpur mampu buat kamu terpukau kerana hidangannya semua sedap dan mengenyangkan, ditambah pula dengan harga yang berpatutan.

Five Sen5es memperkenalkan menu baru, pastilah Cosmo kena cuba. Rugi kalau tak food hunting di sini.

Five Sen5es mengetengahkan menu kontemporari. Ia sesuai untuk gathering teman-teman dan keluarga kerana ambiance yang cukup damai dan selesa untuk kamu hang-out. Jika kamu gemar nikmati makanan Cina, restoran ini perkenal menu baru yang telah diubah suai dan kembalikan kenangan home food.

Tahukah kamu menu ini dicipta dengan inspirasi dari lima deria manusia yang mampu membangkitkan rasa iaitu penglihatan, rasa, bau, sentuh dan dengar? Unik!

Menu pertama yang diperkenalkan adalah Salmon Banana Roll. Gabungan pelik yang enak! Pada pendapat Cosmo, ia sedap dinikmati ketika masih panas. Rasa pisang mendominasi rasa salmon, manis dan rangup. Green tea dressing menyempurnakan kesedapan menu ini.

Cosmo jatuh cinta dengan Nasi Goreng itik dengan udang, yam dan labu di dalam claypot. Masin dan berlemak. Benarlah bahawa hidangan ini kembalikan nostalgia.

Tak lengkap sesuatu hidangan tanpa sayur. Cosmo saran kamu cuba sayur yang digoreng dengan kacang pine bersama salutan madu. Sedap hingga boleh ratah begitu saja!

Slow Roast Beef Spare Ribs with Pineapple and Honey Sauce adalah highlight ketika kami menikmati makanan di Five Sen5es. Ia dimasak lama hingga dagingnya mudah terlerai dari tulang. Masih terbayang-bayang hingga ke hari ini!

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist