Cara Tepat Pakai Blusher - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cara Tepat Pakai Blusher

Cara Tepat Pakai Blusher

Kalau kamu ada muka, kamu sepatutnya memakai pembayang pipi. Ini cara-caranya menurut jurusolek profesional.

Cara Tepat Pakai Blusher

Foto: Depositphotos

4 Kaedah Kamu Patut Pakai Pembayang Tapi Kamu Tak Buat…

1. MEMAKAINYA DENGAN BERUS BEDAK BESAR

Warna yang melekat tak terlalu banyak berbanding berus lebih padat dan kecik. Ideal untuk yang baru nak cuba.

2. LAYANGKAN SEBAIK MEMAKAI BEDAK ASAS

Ketika bedak asas masih lembap, ia akan buat seperti kamu mekar semula jadi.

3. BUKAN DI ATAS TULANG PIPI SAJA

Sisi dahi dan cuping telinga pun tempat kamu blush secara semula jadi.

4. LAPISKAN TEKSTUR BEDAK DI ATAS TEKSTUR KRIM

Dan kemekarannya akan bertahan dari pagi sampai malam.

Warna Terbaik Untuk Ton Kulitmu

SANGAT GELAP

Pilih yang matte dengan pigmen bedak merah yang pada kulitmu nampak menyerlah kemekarannya. CUBA Jill Stuart Blend Blush Blossom rona 04 Good Afternoon, RM170.

Blend Blush Blossom Palette

GELAP

Warna panas seperti terracota dan bata menambah kontur pada pipimu tanpa kelihatan melepak. CUBA Clinique Cheek Pop rona Cola Pop, RM89.

Cheek Pop Cola Pop

MEDIUM

Pembayang rosy yang terang akan membuatkan kulitmu yang asasnya kuning nampak seimbang dan mekar. CUBA Sephora Collection Colorful Blush rona 06 Flirt It Up, RM62.

Colorful Blush 06. Flirt It Up

CERAH

Mimik kemerahan seperti baru lepas bersukan dengan rona bubblegum (pink lembut). Ton sejuk itu akan buat kamu berseri-seri. CUBA Chanel Joues Contraste Blush rona Quintessence, RM165.

JOUES CONTRASTE - makeup - 0.17OZ. - Default view

CERAH PUCAT

Warna pic bersinar memberikan kulit pucat a sexy glow yang tak buat kamu nampak macam anak patung. CUBA Yves Saint Laurent Couture Blush rona Rose Lavalliere, RM220.

YSL Couture Blush 3 gr. - 9 Rose Lavalliere

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor