Cara Tepat Bersihkan Barang Kemas Agar Sentiasa Bersinar - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Tepat Bersihkan Barang Kemas Agar Sentiasa Bersinar

Cosmo yakin kamu yang sedang membaca sekarang ni pasti tak pernah bersihkan cincin nikah kamu kan, not even once? Atau…kamu cuma tak tahu bagaimana nak mula? It’s okay, no need to be ashamed of
Foto: Pinterest

Apa pembersih homemade yang terbaik?

  • Air suam + pencuci pinggan mangkuk 

Menurut pengasas Kimaï, Jessica Warch dan Sidney Neuhaus, barang kemas silver dan emas termasuklah yang bersalut, serta white and rose- gold boleh dicuci dengan air suam dan sedikit bahan pencuci pinggan mangkuk. Masukkannya di dalam mangkuk (semua barang kemas yang disebut tadi boleh masuk sekali) dan rendam selama 15 minit dengan campuran tad , kemudian berus dengan baby toothbrush (sebab hujungnya lebih lembut) atau guna cotton swab untuk lebih senang mencapai semua celah-celah yang kotor. Akhir sekali, bilas dengan air dan keringkannya dengan kain – oh, hairdyer pun boleh juga.

Okey, bagaimana pula dengan platinum jewelry? Ia tidak mudah dicemari (sebab harganya pun $$$) tapi tidak bermaksud kamu tak patut bersihkan langsung. Sekali-sekala perlu dicuci, caranya sama denga langkah di atas.

  • Aluminium foil + serbuk penaik

Letak gelang silver kamu ke dalam aluminium foil yang dibentang dalam mangkuk, tambah air panas dan serbuk penaik selama 30 minit. Dan…tada, gelang kamu seperti baru saja dibeli semalam!

Lee Tilghman, seorang blogger dari Amerika Syarikat yang juga influencer Instagram berkongsi tip menggunakan pencuci pinggan dan beberapa sudu teh hidrogen peroksida yang dicampur dengan air suam – ia turut berkesan membersihkan barang kemas kamu.

Ada cara pantas untuk cuci barang kemas?

Kalau kamu rasa tip yang diberikan itu ‘meh‘, apa kata guna saja polishing cloth yang mmapu mengembalikan kilauan pada silver, emas, brass, platinum dan copper. Lap sehingga bersinar – guna krim dan penyembur penggilap untuk extra bling bling.

Ada satu lagi tip. Guna soft cloth seperti kain lap sunglasses, sebab senang nak kekalkan barang kemas dalam bentuk sempurna. Disarankan untuk lapnya selepas pakai, terutamanya bahagian yang selalu terkena pelembap atau solekan.

Bagaimana pula jewelry yang ada berlian atau batu?

FYI, berlian ‘tertarik’ dengan karbon atom, jadi bermakna losen, minyak kulit, sabun atau apa-apa yang greasy akan melekat pada diamond seperti gam. Bukan setakat mengusamkan berlian, ia juga akan mengeras dan sukar untuk ditanggalkan. Actually, kamu boleh mencucinya seperti langkah pertama tadi. Ingat, batu berharga (emerald, sapphire, amethyst, lapis lazuli) boleh pecah jika terkana air yang terlalu panas. Kalau nampak masih berwap tu, biarkan sejuk sikit sebelum direndam. 

View this post on Instagram

All diamonds, all one carat + centers 🤩

A post shared by Heidi Gibson (@heidigibsondesigns) on

Bagaimana nak cuci fake or costume jewelry?

Barang kemas sebegini cepat pudar warnanya disebabkan lapisan emas yang nipis (atau pewarna tiruan). Jadi, guna cotton swab atau kain. Kalau kamu tiada dua benda tu, gunalah serbuk penaik, ubat gigi, dan sos tomato (bunyinya macam tak masuk akal, tapi that’s a fact).

Bagaimana nak elak calar atau kilauan menjadi pudar?

Meletak barang kemas di tempat yang betul dan selamat dapat mengelakkan ia calar dan berhabuk. Simpan di tempat yang sejuk, kering daripada cahaya matahari bagi membantu kualiti kekal lama. Sejujurnya, kebanyakkan barang kemas takkan dapat lari daripada tarnishing – sebab ia adalah satu tindakan logam kepada kelembapan, udara atau bahan kimia tertentu. Just don’t start overthink… Masih ada harapan lagi apabila jewelry kamu disimpan di tempat yang betul – ia dapat membantu melambatkan proses ini. Dengan ini, kamu tak perlulah nak kerap cuci.

Artikel asal: Lauren Adhav (cosmo.ph)