Cara Tangani Kritikan Like A Pro
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cara Tangani Kritikan Like A Pro

Cara Tangani Kritikan Like A Pro

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse
  • Tepis Dengan Jayanya!

Tidak kira sama ada kritikan tersebut merupakan sesuatu yang berguna atau hanya sekadar untuk memalukan kamu, terdapat cara bagaimana untuk mengatasinya dan teruskan kehidupan.

Dengar dengan baik. Kenal pasti sama ada ia kritikan membina atau sebaliknya. Kamu mungkin akan rasa terluka jika orang kata kamu suka mengawal, tapi dengan cara ini ia juga boleh bantu kamu berubah dan perbaiki personaliti kamu sebagai individu. Jika kritikan boleh membantu, dengar dan cuba terimanya. Jangan jadi defensive.

Respons dengan tenang.

Sentiasa tunjukkan hormat dan ucap terima kasih kepada mereka jika kamu rasa ia kritikan yang berguna. Jika ia negatif semata-mata, guna tagline Selena Gomez – ‘kill em’ with kindness’! A simple smile makes you the bigger person.

Jangan simpan dalam hati.

Cuba ketepikan emosi kamu daripada situasi tersebut dan fokus terhadap apa yang dikritik. Satu projek yang kurang berjaya tidak mendefinisikan tahap kemampuanmu untuk projek berikutnya. Ambil kritikan tersebut sebagai pemangkin untuk lebihkan usaha dan agar kesilapan sama tidak berulang kembali.

Uruskan tekanan kamu.

Apabila stress, kamu akan rasa seperti out of control dan tidak dapat respons kritikan secara profesional. Usah risau dan jangan terlalu tertekan! Tarik nafas sedalamnya dan pastikan ia mampu dikawal sebaiknya.

Jangan berhenti!

Ingat, kritikan tersebut mungkin datang daripada seorang individu saja. Ketahui apakah kekuatan kamu dan jangan biarkan pendapat orang lain menghalang kamu daripada bekerja keras demi mencapai matlamatmu!

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert