Cara Hilangkan Stress Dengan Pantas - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cara Hilangkan Stress Dengan Pantas

Cara Hilangkan Stress Dengan Pantas

Keep calm and carrry on, ladies. Cuba tip mudah ini untuk bebaskan tekanan daripada minda dan bahu kamu.

Cara Hilangkan Stress Dengan Pantas

Foto: Depositphotos

Ketika Dalam Perjalanan

Kesesakan lalu-lintas buat kamu sakit kepala? Diana Winston, pengarah UCLA Mindful Awareness Research Center menyarankan kamu mendengar lagu dengan lirik ceria untuk meditasi pantas dan memperbaiki mood. Tutup mata kamu sebentar dan hati liriknya.

Di Pejabat

Belum pun petang tapi kamu dah mula rasa mengantuk? Bangun dari kerusi dan berjalan di sekitar meja kerja selama 10 hingga 15 minit. Jika perlu, pergilah ke bilik air dan cuci wajah. Ia boleh membantu segarkan mata dan tubuh yang lesu, sekali gus menajamkan semula fikiran kamu.

Sewaktu Bekerja

Berhenti seketika dan bancuh kopi panas. Genggam cawan dengan kedua-dua tapak tangan, rasakan kehangatannya dan tutup mata kamu sambil hidu aroma kopi yang enak sedalamnya. Biarkan fikiran kamu berehat sejenak, kemudian buka mata dan hirup minuman kamu perlahan-lahan. Pasti kamu rasa lebih tenang.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor