Cara Bijak Tawar-Menawar Sampai Kamu Puas Hati - Page 2 of 2 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cara Bijak Tawar-Menawar Sampai Kamu Puas Hati

Cara Bijak Tawar-Menawar Sampai Kamu Puas Hati

Walaupun kamu super-urban-chic dan beli barang mengikut harga yang ditetapkan, tapi ada kalanya kamu pasti tawar-menawar – terutama bila melancong atau membeli barang di flea market. Asah skill kamu dengan tip ini.

Cara Bijak Tawar-Menawar Sampai Kamu Puas Hati

Foto: Depositphotos

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

5) Jika tidak pasti, potong separuh harga (atau lebih)

Tidak semua pelancong mempunyai masa untuk berjalan terlebih dahulu dan lakukan tinjauan sendiri. Kamu pula jumpa barang yang kamu benar-benar mahu dan secara jujurnya kamu tidak tahu nilainya dan bagaimana untuk lakukannya. Potong harga tersebut kepada 50 hingga 75 peratus dan mula dari situ. Kamu akan tahu serta-merta daripada reaksi penjual tersebut. Jika mereka terus terima tawaran kamu, bermaksud kamu berikan harga yang tinggi atau harga yang tidak merugikan mereka. Jika mereka mula marah atau mengeluh, bermakna kamu tawarkan harga terlalu rendah. Cara terbaik? Tanya mereka apakah harga yang adil untuk dia juga kamu.

6) Be the friendly tourist

Kamu mahukan RM5 untuk sesuatu barang dan penjual mahukan RM7, dan tiada siapa mahu mengalah. Jika kamu ‘terperangkap’ dalam situasi ini, tiba masanya kamu gunakan taktik ‘friendly tourist’. Mulakan chit chat bersama mereka. Borak dengan penjual tersebut perihal tempat itu, keluarga atau budaya mereka. Bina hubungan agar penjual tersebut rasa kamu seperti teman dan akhirnya akan mengalah dan bersetuju dengan harga kamu.

7) Strategi ‘angkat kaki’

Strategi ini hanya akan berjaya jika kamu benar-benar takkan rasa menyesal bila berlalu pergi. Kamu tidak dapat turunkan harga barang mengikut harga yang diinginkan. Tegaskan begini, “Mahal sangat ni. Kalau hanya RMXX saya akan ambil.” Ia menunjukkan yang kamu benar-benar serius dan bukan suka-suka menawar harga rendah. Apabila kamu sudah sebut harga dan masih tidak ‘menang’, it’s time to walk away. Katakan terima kasih, jangan mengeluh dan jangan toleh ke belakang. Jalan dengan perlahan dan bersahaja tanpa buat mereka perasan yang kamu sedang lakukan walk away strategy. Jika harga yang kamu tawar adalah harga adil, penjual akan memanggil kamu semula dan bersetuju dengan tawaran kamu. Boom! You’ve got yourself a deal.

8) Jangan main-main

Hormat adalah perkara paling penting dalam budaya tawar-menawar. Jangan sesekali minta harga rendah jika kamu tidak benar-benar mahu membelinya. Sudah pasti kamu boleh tanya harga, tapi jika kamu sudah mula tawar-menawar dan penjual tersebut bersetuju dengan harga kamu, maka kamu ‘wajib’ lengkapkan pembelian itu. Jika kamu mula tawar-menawar dan sedar bahawa kamu tidak mahukan barang itu atau harga masih di luar jangkaanmu, tiada masalah. Beritahunya dengan sopan bahawa kamu ubah fikiran dan tidak berminat dengan barang tersebut lagi. Tapi apabila kamu sudah setuju dengan harga tersebut, lakukan pembayaran serta-merta.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor