Cara Bijak Tawar-Menawar Sampai Kamu Puas Hati - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cara Bijak Tawar-Menawar Sampai Kamu Puas Hati

Cara Bijak Tawar-Menawar Sampai Kamu Puas Hati

Walaupun kamu super-urban-chic dan beli barang mengikut harga yang ditetapkan, tapi ada kalanya kamu pasti tawar-menawar – terutama bila melancong atau membeli barang di flea market. Asah skill kamu dengan tip ini.

Cara Bijak Tawar-Menawar Sampai Kamu Puas Hati

Foto: Depositphotos

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) Jangan gopoh

Kamu ternampak seutas gelang ketika berjalan di flea market dan terus terfikir, “Oh, cantiknya! Nak!” Bawa bertenang. Kamu mungkin akan jumpa 10 kedai lain di flea market itu yang menjual gelang yang sama dengan harga berbeza. Kamu mahu mendominasi permainan tawar-menawar ini, kan? Jadi, jalan dahulu dan tinjau harga yang biasanya diminta oleh pelancong lain untuk barangan tersebut. Dengan cara ini juga, kamu boleh kesan penjual mana yang mahu ‘mengetuk’ kamu dengan harga cekik darah serta penjual mana yang jujur dan bermurah hati.

2) Sebut harga terlebih dahulu

Selepas kamu jumpa barang dan berpuas hati dengan tinjauan kamu, ini masanya untuk bersiap sedia bagi sesi tawar-menawar. Tetapkan had harga di minda kamu – dua harga iaitu harga tertinggi yang kamu rela bayar dan harga yang adil untuk kamu. Sudah pasti ada bezanya jika kamu tawar-menawar tapi kamu perlu tahu adakah harga itu berbaloi? Jadi petik harga sebelum penjual buka harga tinggi untuk barangan yang kamu mahukan.

3) Jangan sesekali katakan, “Wah, murahnya!”

Salah satu perkara paling penting yang kamu perlu ingat tentang budaya tawar-menawar ini adalah ia keseimbangan di antara interaksi sosial dan operasi urus niaga. Sentiasa hormati penjual dan kos sara hidup mereka. Apa yang mungkin murah untuk kamu, boleh jadi mahal untuk mereka. Kamu hanya akan menjejaskan hubungan di antara penjual dan pembeli. Tapi realitinya, it’s just straight up rude.

4) Main jual mahal

Angap tawar-menawar umpama satu perhubungan. Act like you don’t care, dan kamu akan terus mendominasi permainan tersebut. Apabila membeli-belah, kekal kasual dan jangan tunjukkan keterujaan atau minat terhadap barang tersebut. Kamu akan hilang kuasa tawar-menawar serta-merta jika penjual tahu kamu benar-benar mahukannya. Sebagai penjual yang berurusan dengan ramai pembeli setiap hari, susah tentu mereka bijak hidu kelemahanmu. Jika mereka rasa kamu seorang amatur dan tidak pasti apa yang kamu lakukan, mereka akan cuba ‘ketuk’ kamu dengan harga lebih mahal.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor