Cara Baru Membentuk Otot & Menyingkir Lemak - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cara baru membentuk otot, meramping dan menyahkan lemak!

Cara Baru Membentuk Otot & Menyingkir Lemak

Cosmo bariskan rawatan terbaik buat tubuhmu kekal ramping menawan!

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

BTL EMSCULPT BANTU HASILKAN OTOT KURANG DARI SEBULAN

Bayangkan mesin idaman yang boleh melakukan kontraksi otot dan menjamin postur yang lebih baik, mengurangkan keletihan dan kecederaan, punggung jadi lebih kuat dan keseimbangan yang lebih baik… Ini antara sebab mengapa core yang kuat amat penting untuk kesihatan kamu.

BODY Q&A Bersama Dr Jeff Khoo dari Revival Clinic

  1. Apa itu BTL Emsculpt?
    Ia merupakan peranti tenaga yang diluluskan FDA untuk membakar lemak dan membina otot. Ia satu-satunya prosedur untuk membakar lemak sambil menguatkan dan membina otot.
  2. Bagaimana ia berfungsi?
    Menggunakan High Intensity Focused Electromagnetic (HIFEM®) yang mengasingkan kira-kira 20,000 kontraksi otot setiap sesi selama 30 minit. Penguncupan otot yang disebabkan oleh teknologi HIFEM® berada pada kadar yang lebih tinggi dan jauh lebih intense.
  3. Keunikan rawatan BTL Emsculpt berbanding rawatan badan lain?
    Ia satu-satunya teknologi di pasaran yang memberi tumpuan kepada pembinaan otot sekali gus mengurangkan lemak. Ia juga satu-satunya teknologi estetika perubatan yang telah dibuktikan untuk mengangkat punggung kamu tanpa pembedahan.
  4. Adakah ia menyakitkan?
    Sama dengan senaman otot lain. Selang kontraksi, kamu akan rasa sensasi ketukan di mana sesi ini membantu otot yang sedang dirawat untuk menyingkir asid laktik dalam jumlah yang tinggi. Ia boleh menyebabkan Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS).
  5. Adakah terdapat downtime?
    Tidak ada downtime dan kamu dapat melakukan aktiviti seperti biasa selepas rawatan. Sesetengah individu mungkin mengalami DOMS.
  6. Bila pesakit boleh lihat hasilnya?
    Bergantung pada umur dan keadaan fizikal. Keberkesanan BTL Emsculpt boleh berkurangan disebabkan merokok, penggunaan alkohol yang berlebihan, serta gangguan ubat-ubatan yang diambil secara teratur. Umumnya, hasil dapat dilihat dari dua hingga enam minggu selepas rawatan pertama. Keputusan akan terus meningkat selama tempoh enam bulan.
  7. Berapa lama hasilnya boleh bertahan?
    Jisim otot yang diperoleh oleh rawatan BTL Emsculpt tidak kekal. Namun kamu boleh memanjangkan hasil rawatan ini dengan senaman yang teratur, diet sihat dan rawatan berkala mengikut nasihat doktor.

Mempunyai ijazah dalam bidang perubatan M.D. di Universiti Sains Malaysia dan memulakan kerjaya profesional di Kuala Lumpur serta mengasah kemahirannya dalam pelbagai bidang seperti Dermatologi, Pembedahan dan Ortopedik di Sabah dan Hospital Besar Klang. Setelah bertahun-tahun berkhidmat di pusat dermatologi dan estetik di Malaysia, he puts strong emphasis on evidence-based medicine.

Dr Jeff Khoo

Emsculpt is good foundation to your health. Ia sistem kontur badan bukan invasif yang pertama di dunia, dengan teknologi yang diluluskan oleh FDA yang membina otot dan membakar lemak secara serentak, menjanjikan abs yang lebih kuat dan teras yang sihat.

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor