Bukti Kendall Jenner Dan Gigi Hadid BFF Paling Cool
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Bukti Kendall Jenner Dan Gigi Hadid BFF Paling Cool

Sama cantik, sama tinggi dan kedua-duanya hot! Cosmo nobatkan supermodel popular iaitu Kendall Jenner dan Gigi Hadid sebagai pasangan girlfriends forever #GFF paling happening!

Apa saja yang mereka lakukan bersama akan menjadi perhatian lensa kamera paparazi Hollywood. Malah peminat Kendall dan Gigi mencipta satu nama gabungan buat mereka iaitu KenGi! Mereka berdua memang dikenali sebagai sahabat rapat dan sering keluar bersama.

#KenGi spam ❤️ #gigihadid #hadidvideos @gigihadid @kendalljenner #kendalljenner

A post shared by Gigi Hadid Videos (@hadidvideos) on

Apatah lagi mereka berdua merupakan model terkini yang sering menjadi pembuka pertunjukan fesyen dan kerap menghiasi muka depan majalah antarabangsa. Baru-baru ini Kendall dan Jenner merakam sebuah video menyanyikan lagu kegemaran mereka di dalam kereta seperti program popular Carpool Karaoke. Hubungan rapat mereka memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Cosmo beri bukti yang Kendall dan Jenner memang pasangan BFF paling cool di dunia.

got you got me

A post shared by Gigi Hadid (@gigihadid) on

1. Kendall Jenner pernah dikutuk oleh supermodel popular tahun 90-an, Stephanie Seymour kerana dia menganggap Kendall tidak layar digelar supermodel. Baginya, Kendall hanya bersandarkan wajah yang cantik dan keluarga yang berpengaruh. Gigi kemudian mempertahankan Kendall dan berkata Stephanie harus melupakan zaman kegemilangannya kerana mereka kini mendominasi dunia modeling! Kawan yang baik mesti menyokong sahabatnya, bukan?

bff kendall jenner gigi hadid

Foto dari Instagram Kendall dan Gigi yang sering memakai pakaian dengan gaya yang sama.

2. Gigi dan Kendall gemar memakai pakaian dengan gaya dan warna yang sama jika mereka keluar bersama. Bagi Kendall, Gigi seperti kakaknya sendiri. Walaupun mereka masing-masing mempunyai adik perempuan iaitu Kylie Jenner dan Bella Hadid, tetapi mereka ibarat seperti pasangan kembar malah mempunyai saiz badan dan ketinggian yang sama iaitu 178cm.

bff kendall jenner gigi hadid

KenGi sering keluar bersama dan hobi mereka pun sama – shopping! Foto: Tpgimages.com

3. Menurut Gigi, Kendall tidak pernah gagal menjawab panggilannya. “Kendall adalah rakan yang selalu mendengar keluhan saya dan jika dia sedang sibuk, dia berjanji akan hubungi 5 minit kemudian, dan dia memang akan kotakan janjinya,” kata Gigi dalam wawancara bersama Instyle.com

4. Kendall dan Gigi tersenarai dalam Top 10 model yang meraih pendapatan tertinggi untuk tahun ini. Malah kedua-duanya merupakan model yang paling popular di Instagram. Menurut Kendall dia dan Gigi saling menyokong antara satu sama lain. Malah tidak pernah bersaing kerana mereka percaya dengan kelebihan sendiri. #FriendshipGoals 

 

 

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness