Bukan Saja Sedap, Pear Juga Banyak Manfaatnya Untuk Tubuh - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Bukan Saja Sedap, Pear Juga Banyak Manfaatnya Untuk Tubuh

Ketika membeli keperluan dapur di pasar raya, makanan apa yang berjaya mencuri perhatian kamu? Jika kamu mencari buah yang bukan saja sedap malah baik untuk tubuh, pastikan kamu masukkan pear ke dalam senarai. Ini kebaikannya untuk kamu…

Bukan Saja Sedap, Pear Juga Banyak Manfaatnya Untuk Tubuh

Foto: Depositphotos

1. Menyihatkan Usus

Buah pear kaya dengan serat pectin dan probiotik yang baik untuk melancarkan pencernaan dan mencegah sembelit. Did you know? Sebiji pear bersaiz sederhana mengandungi 6 gram serat iaitu 22% dari keperluan serat harian kamu. Psst, kulit pear juga mengandung serat, so eat it unpeeled!

2. Menurunkan Risiko Penyakit Kardiovaskular

Ya, buah pear dapat menurunkan penyakit berkaitan jantung dan pembuluh darah. Sebuah kajian oleh NCBI tahun lalu membuktikan mereka yang memiliki metabolisme rendah mempunyai peningkatan tekanan darah dan jantung bila mengambil dua biji pear setiap hari.

Fun fact:

Pir yang kemerahan mengandung anthocyanin, zat yang dapat memperbaiki kesihatan jantung dan memperkuatkan pembuluh darah – sedangkan pear hijau mengandung lutein dan zeaxanthin yang penting untuk kesihatan mata.

3. Melindungi Daripada Radikal Bebas

Buah pear kaya antioksidan termasuk Vitamin C, K dan tembaga. Ia dapat melindungi daripada radikal bebas dan melindungi sel tubuh daripada kerosakan.

4. Mencegah Keradangan

Kajian juga membuktikan serat dan antioksidan flavonoid yang terkandung di dalamnya membantu mengatur sistem imun dan mencegah keradangan. Bermakna risiko kamu untuk terkena diabetes, kanser dan obesiti juga menurun! Selain ity pear juga mengandungi banyak vitamin dan mineral untuk mencegah keradangan.

5. Menurunkan Risiko Diabetes

Selain kandungan serat dan flavonoid, pear merah juga kaya dengan anthocyanin yang terbukti mampu menurunkan risiko type 2 diabetes sebanyak 23%. Juga, kandungan serat dapat melambatkan pencernaan dan memberikan tubuh kamu masa yang cukup untuk menyerap karbohidrat dengan lebih baik. Inji dapat mengatur kadar gula dalam darah dan membantu mengawal diabetes. Yay!

6. Menurunkan Risiko Terkena Kanser

Buah pear mengandungi bahan yang bersifat anti-kanser, contohnya anthocyanin dan cinnamic acid yang terbukti dapat melawan sel kanser, khususnya kanser paru-paru, perut dan saluran kencing.

Artikel asal: Kezia Calesta (cosmopolitan.co.id)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor