Budaya Peru Jadi Inspirasi - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Budaya Peru Jadi Inspirasi

BONIA mengangkat kecantikan warisan budaya Peru yang diolah dalam bentuk seni rekaan tas tangan menerusi koleksi terbaru.

 

Old is gold, kerana itulah yang membentuk fesyen yang kita lihat masa kini. BONIA mempersembahkan koleksi terbaru bunga/panas 2017, “The Lost Empires” yang pastinya bakal menambat hatimu. Diinspirasikan daripada budaya tradisi Peru yang kaya dengan kepelbagaian bidang seni, cuisine, muzik serta fesyen. Ketinggian gunung Andes, seni architecture Inca, bandar-bandar suci, rona vibrant, fabrik tenun tangan bertekstur dan corak batu geometri antara ciri-ciri yang kamu boleh lihat dalam perincian koleksi penuh istimewa ini.

Apa yang menarik ialah kamu berpeluang untuk merasai budaya tradisional Peru yang hebat ini dalam bentuk aksesori fesyen tas tangan yang diolah mengikut selera fesyen moden. A tribute to the Inca civilization, setiap perincian mempunyai makna yang tersendiri dan ini buatkan ia lebih berharga. Misalnya rekaan bunga ikonik pada beg melambangkan reka bentuk luar biasa teras pertanian Inca.

Moray Collection

The Inca-Blossom Collections mencerminkan kecantikan dalaman menerusi hiasan stud akrilik dan simpulan kulit di material kulit spilt Vienna. Bergaya dengan koleksi The Inca-blossom yang hadir dalam dua pilihan reka bentuk, flap bag – Koleksi Nitza dan bucket bag – Koleksi Moray , hebat untuk memuatkan segala keperluanmu dan mudah dibawa sebagai beg harian. The elegant chain shoulder strap details semestinya tambah elemen anggun kepada koleksi signature BONIA hadir dengan empat pilihan rona, putih, merah jambu, beige dan navy blue. Pasti gayamu lebih menyerlah dengan rekaan terbaru daripada koleksi BONIA!

Nitza Collection

 

 

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva