Britney Spears Bakal Bersara Dari Dunia Muzik?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Britney Spears Bakal Bersara Dari Dunia Muzik?

Baru-baru ini, anak lelaki Britney Spears, Jayden Federline telah membuat satu Instagram Live di mana dia berkongsi tentang kerjaya seni ibunya.
Foto: Celebzz

Menurut laporan Us Weekly, Jayden memfilemkan video tersebut di rumah Kevin Ferderline di California dan berkata dia akan memberitahu “the whole story” tentang ibunya jika lebih ramai orang follow akaunnya di Instagram. Dia berkata, “Apa yang terjadi kepada ibu saya? Saya akan beritahu kisah tentangnya apabila saya mendapat 5,000 followers di Instagram. That stuff will come out way in the future [when] I get really popular.” Dan apabila ditanya jika dia merasakan ibunya “being controlled,” dia berkata, “Saya tak tahu.”

Image result for britney spears jayden
Foto: Hello Magazine

Dan seorang peminat bertanya jika Britney akan mengeluarkan muzik terbaru selepas dia menamatkan Las Vegas residency. Dia menjawab, “Sebenarnya, saya tak pernah melihat dia membuat muzik. I don’t think that… Saya tak tahu.” Jayen juga ingat bagaimana dia menyokong ibunya membuat hits untuk mendapatkan duit. Dia berkongsi:

“I remember one time I asked her, I said, ‘Mom, what happened to your music?’ and she was like, ‘I don’t know, honey. I think I might just quit it.’ I’m like, ‘What? What are you saying? Like, do you know how much bank you make off of that stuff?’

Di dalam video ini juga, dia berkata dia suka dengan teman lelaki ibunya, Sam Asghari dan menyatakan kebenciannya terhadap datuknya, Jamie Spears. Ouch!

Artikel asal: Shannon Barbour (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker