Bra Ini Dikatakan Mampu Mengesan Kanser Payudara! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Bra Ini Dikatakan Mampu Mengesan Kanser Payudara!

Bra Ini Dikatakan Mampu Mengesan Kanser Payudara!

This is a game changer dan mampu menyelamatkan nyawa!

Bra Ini Dikatakan Mampu Mengesan Kanser Payudara!

Foto: Depositphotos

Para saintis di Columbia sedang bekerja keras untuk menghasilkan bra baru yang mempunyai fungsi lain selain menyokong payudara: Mengesan kanser. Here’s where fashion meets science…

Beribu-ribu wanita didiagnos dengan kanser payudara setiap tahun, dan simptom penyakit ini mudah disalah anggap. Ini sebabnya kenapa bra pengesan kanser akan menjadi a total game-changer.

Best bras for big breasts - shopping galleries - fashion - cosmopolitan.co.uk

Maria Camila Cortes, pelajar kejuruteraan elektrik yang sedang berusaha dalam projek tersebut memberitahu Fusion: “Bila terdapat sel anomali dalam kelenjar susu, tubuh perlu menyalurkan lebih banyak darah pada kawasan tersebut, dan suhu organ ini akan meningkat.”

Rekaan bra ini, yang kini sedang dalam proses ujian, dikatakan akan diperincikan dengan pengesan infra-red yang merekod suhu payudara. Jika sebarang keabnormalan dikesan, ia akan menghantar signal pantas untuk memberitahu kamu, supaya kamu dapat berjumpa doktor secepatnya.

“Kami bukannya menggantikan tugas doktor,” tambah Maria Jaramillo yang merupakan pengkaji untuk projek tersebut. “Tujuannya adalah untuk memperkenalkan teknik yang membantu pengesanan awal.” And what a brilliant idea it is.

Nama rasmi dan tarikh bra tersebut akan dikeluarkan masih belum diberitahu, but when they are, we’ll be sure to let you know.

Artikel asal: Arianna Chatzidakis (cosmopolitan.com/uk)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor