Bisnes Lingkup, Butik Perniagaan The Kardashians Terpaksa Ditutup
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Bisnes Lingkup, Butik Perniagaan The Kardashians Terpaksa Ditutup

Kim, Kourtney dan Khloe Kardashian telah bersepakat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada butik DASH mereka buat selamanya.

"Setelah hampir 12 tahun, saya dan kakak-kakak saya telah bersetuju untuk menutup pintu kedai DASH kami," tulis Kim di laman web miliknya.

"Kami membuka kedai pertama sebagai keluarga pada tahun 2006 dan, sejak itu, kami telah mencipta banyak kenangan," sambungnya. "Kami sangat sibuk menguruskan jenama sendiri, serta menjadi ibu dan menyeimbangkan kerja bersama keluarga. Kami tahu jauh di sudut hati sudah masanya untuk menamatkannya."

Adik-beradik ini membuka kedai DASH pertama mereka di Calabasas, California, pada tahun 2006, sebelum populariti Keeping Up With the Kardashians, tetapi kemudian memindahkan kedai pertama itu ke Los Angeles setelah kejayaan rancangan realiti mereka. Selepas itu mereka membuka dua buah kedai lagi di Miami dan New York.

Mengikut laporan Celebuzz, Khloe menulis di blog pada tahun 2016 mengenai sebab adik-beradik ini bersetuju untuk membuka kedai ini pada mulanya.

“We started DASH in 2006 and really struggled for a long time to make it a successful business—there were months we couldn’t pay our bills, and the store didn’t turn a profit for years,” tulis Khloé. “After my dad died in 2003, I was partying all the time, drinking a lot and sleeping in every morning. At this time, my mom and Kourtney were running their kids store Smooch, and when the space next door opened up, Kourt got it!”

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kim di butik DASH Los Angeles.

Kim Kardashian at Dash in Los Angeles in 2015.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker