Bintang Thai Kegilaan Gadis Malaysia, Ini Dia Trivia Sunny Suwanmethanont
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Bintang Thai Kegilaan Gadis Malaysia, Ini Dia Trivia Sunny Suwanmethanont

Filem-filem Thailand semakin mendapat sambutan di Malaysia, terutamanya filem-filem bergenre seram dan romantik komedi. Thailand juga melahirkan ramai bintang-bintang yang hebat, tetapi ada sesuatu yang lebih istimewa tentang Sunny Suwanmethanont yang membuatkan wanita Malaysia cair. Jom check out trivia mengenai Sunny.
View this post on Instagram

เอ๊า ก็แดดมันร้อนแรงนี่นา ☀️

A post shared by Sunny Suwanmethanont (@sunny_suwanmethanont) on

Dilahirkan pada 18 May 1981, Sunny berdarah kacukan Thai, Singapura dan Perancis. Sunny memiliki Ijazah dalam Seni Komunikasi dari Assumption University, Thailand. Sunny menceburkan diri dalam industri hiburan sebagai model peragaan dan duta jenama terkenal.

Sunny mula dikenali selepas membintangi filem berjudul ‘Puen Sanit’ pada tahun 2005 kemudian menjadi lebih popular selepas filem lakonannya dalam filem ‘I Fine Thank You Love You’ pada tahun 2014.

Untuk kamu yang menggilai pelakon kacak ini, dia bakal datang ke Malaysia pada 10 November ini bersempena dengan Konsert dimsum THAI POP 2019. Konsert yang julung kali diadakan di Malaysia ini bakal membawa sembilan bintang Thai termasuk Sunny dan Tor Thanapob.

Bakal berlangsung di IDEAL Convention Centre, Shah Alam, Selangor, pada 10 November 2019 pukul 6 petang, konsert dimsum Thai Pop 2019 turut dijayakan oleh Sky Wongravee Nateetorn, Billkin Putthipong, Thanaerng Kanyawee Songmuang dan Pearwah Nichaphat Chatchaipholrat.

Tiket-tiket berharga RM2,000 (VVIP), RM599 (VIP), RM359 (PSI), RM299 (PS2), RM199 (PS3) boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my. Pembeli tiket VIP berpeluang menyertai sesi hi-touch, mengambil gambar berkumpulan, sesi pentas belakang dan mendapat poster bertandatangan.

Untuk maklumat lanjut tentang tiket, layari www.dimsum.asia, laman Facebook rasmi dimsum (@dimsum.asia) atau Instagram (@dimsumasia).

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness