Billie Eilish Menang Besar Di Grammy Awards 2020
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Billie Eilish Menang Besar Di Grammy Awards 2020

Tahniah! Billie Eilish Menang Besar Di Grammy Awards 2020

Billie Eilish mengejutkan ramai pihak apabila berjaya memenangi lima anugerah, termasuk empat anugerah besar pada malam itu: Best new artist, album of the year, song of the year dan record of the year.
Billie Eilish Menang Besar Di Grammy Awards 2020
Foto: Hollywood Reporter

Jika kamu tak tahu, Billie juga artis kedua dalam sejarah Grammy yang berjaya memenangi empat kategori besar.

Billie juga telah berkongsi rasa gembira di akaun Instagram sejurus memenangi anugerah ini. “FIVE ARE YOU KIDDING,” tulisnya dengan memuat naik foto sambil bergaya dengan kesemua trofi yang dimenanginya.

View this post on Instagram

FIVE ARE YOU KIDDING

A post shared by BILLIE EILISH (@billieeilish) on

Kemenangan Billie juga amat mengejutkan industri muzik kerana dia bersaing dengan nama-nama hebat seperti Ariana Grande, Lana Del Ray, Lady Gaga, Taylor Swift serta Beyonce.

Industri muzik juga telah membuat andaian bahawa Ariana Grande akan membawa pulang anugerah Album of the year, tetapi ternyata andaian mereka meleset.

Tahniah Cosmo ucapkan! Semoga kemenangan ini akan memberi inspirasi kepadanya untuk mengeluarkan muzik yang lebih baik. Tak sabar nak tunggu album baru!

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker