Bersihkan Kasut Baldu Kamu Dengan 4 Tip Mudah Ini - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Bersihkan Kasut Baldu Kamu Dengan 4 Tip Mudah Ini

Bersihkan Kasut Baldu Kamu Dengan 4 Tip Mudah Ini

Serta apa yang tak patut kamu lakukan apabila membersihkannya…
clean suede shoes

Walau kasut baldu tak berapa praktikal berbanding kasut lain, kamu tak dapat tahan diri daripada membelinya, kan? Sebab…ia versatil, classy dan selesa!

Apa yang kamu tak suka adalah apabila ia menjadi kotor dan perlu dibersihkan. Tapi bagaimana kamu nak bersihkan tanpa terkena air?

Cosmo kongsi empat langkah cepat dah efektif untuk membersihkan but, sneakers, heels dan sandal baldu kamu.

Apa Yang Kamu Perlukan:

  • Berus baldu
  • Cuka putih
  • Kain lap
  • Pemadam

Cara-cara:

1. Mula dengan memberus kotoran di permukaan kasut dengan berus baldu.

Jika kamu tidak mempunyai berus baldu, berus gigi juga berkesan sama sekali. Mula memberus dengan lembut di permukaan kasut mengikut alur semula jadi baldu.

Jika kesan kotoran masih basah, buang kotoran tersebut dan biarkannya kering sebelum memberus. Jika tidak, kotoran akan jadi lagi teruk.

2. Kemudian, gunakan pemadam untuk hilangkan kotoran degil.

Jika kamu mempunyai suede rubber lebih bagus, tetapi pemadam sekolah biasa pun okey. Bayangkan ia seperti kotoran yang biasa kamu padam gunakan pemadam tapi gunakan lebih tekanan agar kotoran hilang lebih cepat.

3. Jika kotoran masih tidak hilang, gunakan cuka putih.

Komposisi asidik pada cuka buatkannya mudah untuk pecahkan kotoran menjadi lebih kecil – seperti mana yang kamu mahukan apabila membersih.

Celup bahagian hujung kain ke dalam bekas yang mengandungi cuka sebelum mengelap di bahagian kotoran kasut dan gosok dengan pergerakan depan ke belakang.

4. Sudahi dengan suede protector.

Kata-kata ‘prevention is better than cure’ semestinya boleh dipakai dengan kasut baldu! Jika kamu bercadang untuk mencuba suede protector, cara terbaik adalah lakukan research kerana sesetengah produk boleh melunturkan warna kasut.

Selamat mencuba!

Artikel asal: Natasha Harding

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva