Berkesankah Salicylic Acid Untuk Wajah?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Berkesankah Salicylic Acid Untuk Wajah?

Berkesankah Asid Salisilik Untuk Kecantikan Wajah?

Cosmo menemu bual pakar dermatologi, Rachel Nazarian, MD, of Schweiger Dermatology Group di New York untuk mencungkil semua fakta tentang asid salisilik.
image
Foto: Imaxtree

Apa fungsi asid salisilik untuk kulit?

Ia sangat bagus dalam merawat bintik hitam, bintik putih dan kulit berminyak. “Disebabkan salicylic acid adalah bahan anti-inflammatory, ia juga mengurangkan kemerahan dan iritasi serta merawat jerawat,” kata Dr Rachel.

Benzoyl peroxide atau asid salisilik?

Bergantung kepada jerawat kamu. Salicylic acid mampu membasmi bintik putih dan bintik hitam dengan menyingkir kulit mati dan membuka pori, manakala benzoyl peroxide membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.

Bolehkah guna asid salisilik setiap hari?

“Orang yang memiliki kulit kering semula jadi atau sensitif seperti rosacea dan eczema patut berhati-hati serta mesti dipantau oleh pakar dermatologi,” kata Dr Rachel.

Berapa lama untuk ia berkesan?

“Kamu mungkin akan dapat melihat hasilnya dalam masa empat hingga enam minggu,” kata Dr Rachel. “Kamu patut guna secara berterusan untuk kesan jangka masa panjang.”

Bolehkah ia menghilangkan parut?

Salicylic acid mempunyai kebolehan untuk menghilangkan sel kulit lama dan menghasilkan sel kulit baru, di mana boleh mencerahkan parut yang disebabkan oleh jerawat lama,” kata Dr Rachel.

Final thoughts?

Jika kamu ingin menghilangkan bintik hitam dan bintik putih, kamu patut cuba salicylic acid di dalam rutin penjagaan wajah . Percayalah, ia sangat berkesan untuk membasmi jerawat!

Artikel asal: Ruby Buddmeyer (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker