Berita Gembira Buat Penggemar Tegar Salad Atau Vegan!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Berita Gembira Buat Penggemar Tegar Salad Atau Vegan

Berita Gembira Buat Penggemar Tegar Salad Atau Vegan!

SaladStop! kini di KL! Cogan kata ‘Eat Wide Awake’ membolehkan kamu mengetahui bagaimana makanan yang mudah dihasilkan ini mampu tingkatkan kesihatan kamu. Ia menawarkan pelbagai pilihan salad segar, wrap, bijirin dan minuman sihat.

Kamu boleh pilih untuk hasilkan hidangan sendiri daripada lebih 60 ramuan dan 20 sos buatan sendiri. Kamu juga boleh memilih pelbagai hidangan signature seperti Hail Caesar, Earth Bowl yang berasaskan sayuran atau MammaMia! yang menggunakan pasta. Cosmo sendiri rambang mata!

Hidangan signature lazat, sihat dan berkhasiat yang terdapat di SaladStop! boleh didapati dalam bentuk salad atau wrap. Kesemua hidangan ini diperbuat daripada bahan-bahan lazat dan segar termasuk kacang Perancis, tomato ceri, kentang, kubis merah dan putih, salad romaine dan banyak lagi.

Ramuan segar dan sihat ini menjadikan hidangan kamu di SaladStops! sedap, di samping pelbagai sos yang berperisa. Rasa dan tekstur hidangan signature SaladStops! digabung untuk hasilkan kesegaran, kelembutan, kemanisan dan kepedasan yang sempurna.

Jika kamu teringin nikmati salad, singgah terus ke SaladStop! di Nu Sentral atau Pavilion.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist