Kenapa Berat Badan Kamu Meningkat Walaupun Bersenam? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Berat Badan Kamu Meningkat Walaupun Bersenam? Ini Sebabnya

Kenapa Berat Badan Kamu Meningkat Walaupun Bersenam?

Ramai orang bersenam untuk kurangkan berat badan. Amat memeritkan apabila kamu bersungguh-sungguh bersenam tapi hasilnya bertentangan dengan apa yang kamu harapkan. Mengapa ini terjadi?

Berat Badan Kamu Meningkat Walaupun Bersenam? Ini Sebabnya

Foto: Depositphotos

Penambahan Otot Badan

Apabila kamu bersenam kali pertama atau mengubah rutin dan mula melakukan senaman baru, kamu mungkin akan menghasilkan otot. Mungkin kamu kehilangan lemak, tetapi otot mempunyai berat lebih daripada lemak yang kamu bakar. Jadi kamu tidak akan melihat apa-apa keputusan pada penimbang berat badan. Jika ini berlaku , jangan panik! Ingat bahawa berat bukan pengukur untuk badan yang langsing dan sihat. Cuba gunakan cara alternatif untuk mengukur kemajuan kamu seperti saiz pakaian atau lilitan pinggang untuk lihat perbezaannya. Nilai juga kemajuan kamu dengan melihat diri sendiri pada cermin.

Ambil Makanan Tidak Sihat

Ramai orang menggunakan alasan bersenam di gim untuk menikmati pelbagai jenis makanan kegemaran termasuklah yang tidak sihat. Mereka beri alasan bahawa mereka telah membakar kalori dan kini boleh makan apa saja yang mereka mahu. Kebanyakan orang mengambil makanan yang terlalu tinggi dari segi jumlah kalori yang dibakar di gim dan akhirnya berat badan mereka meningkat. Untuk mengurangkan berat badan, gabungkan senaman dengan pemakanan yang sihat okey.

Salah Senaman

Kebanyakan kita khususnya lelaki pergi ke gim dan hanya mengangkat berat. Walaupun latihan rintangan membantu menurunkan berat badan, adalah penting untuk kamu ingat bahawa senaman aerobik dan kardio jauh lebih berkesan untuk membakar kalori. Untuk hasil terbaik, gabungan kardio dan senaman rintangan.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor