Berapa Kerap Pasangan Bahagia Lakukan Seks
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Berapa Kerap Pasangan Bahagia Lakukan Seks

Pasti pernah kamu tertanya soalan ini, kan? Dua kali sehari? Tiga kali seminggu? Empat kali sebulan? Kemudian muncul pula soalan kedua – adakah kekerapan kamu bersama suami normal atau tidak? Cosmo tanya pakar dan ini jawapannya!

Menurut Dr Sharad Ratna, perunding pakar obstetrik dan sakit puan di OB.GYNAE Women’s Specialist Glenmarie, Subang Jaya, kebanyakan pasangan mahu tahu perkara yang sama – “adakah kehidupan seksual saya dan suami normal?” Mereka mahu tahu jika mereka lakukan hubungan seks yang mencukupi, the right kind of sex dan adakah pasangan mereka mahukan seks terlalu kerap. Sering kali, mereka risau jika mereka perlu lakukan sesuatu yang berbeza di atas katil.

Jawapan Dr Sharad Ratna kepada semua persoalan tersebut adalah sama. Forget about ‘normal’. Apa yang lebih penting adalah kamu belajar bagaimana untuk rasa empati terhadap pasangan kamu dan terima keperluan seksual walaupun jika ia berbeza dengan keperluan kamu. Cosmo cedok beberapa tip daripada Dr Sharad Ratna.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) Ia bukan satu pertandingan.

Usah peduli jika orang lain miliki kehidupan seks yang lebih aktif berbanding kamu dan suami. Setiap pasangan mempunyai cara tersendiri dan kamu hanya perlu fokus pada kehidupan seksual kamu saja. Jika selama ini kamu lakukannya tiga kali seminggu untuk beberapa tahun dan kini jumlahnya turun kepada seminggu sekali, ini bermaksud corak tersebut sudah pun berubah dan jangan khuatir, tidak ada salahnya.

Bagi Dr Sharad Ratna, bila bercakap tentang seks, there is no magic number dan kebanyakan pasangan yang mengakui mereka sering lakukannya setiap masa sering kali menipu. “Kebanyakan pasangan akan katakan mereka lakukannya dua kali sehari, tiga kali seminggu. But from what I see in my private practice, that number does not correlate with the truth.”

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert