Benarkah Ubat Gigi Boleh Merawat Jerawat? Ini Jawapannya
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Bolehkah Ubat Gigi Merawat Jerawat?

Benarkah Ubat Gigi Boleh Merawat Jerawat? Ini Jawapannya

Pasti kamu pernah dengar atau baca yang ubat gigi boleh menghilangkan jerawat jika kamu pakai sebelum tidur, kan?Well, it’s totally wrong in every way!
Bolehkah Ubat Gigi Merawat Jerawat?
FOTO: DEPOSITPHOTOS

Bolehkah ubat gigi menghilangkan jerawat?

Tidak sama sekali! “Ubat gigi selalunya mengandungi bahan-bahan mengeringkan seperti alkohol, mungkin kerana sebab inilah orang percaya untuk gunakannya pada jerawat,” kata dermatologi Mona Gohara, MD, associate clinical professor di Yale University.

Kenapa ubat gigi tidak elok untuk jerawat?

“Toothpaste can be an extreme irritant,” kata Dr. Gohara. “Kebanyakan formula mengandungi bahan-bahan seperti alcohol menthol, baking soda, dan hydrogen peroxide. Ya, semua bahan ini boleh mengeringkan jerawat tetap ia juga boleh merosakkan lapisan kulit kamu pada masa yang sama.” Dan apabila lapisan kulit kamu rosak, “it goes into overdrive and overproduces oil to compensate, menyebabkan pori tersumbat, jerawat, bintik hitam dan kulit berminyak.” Oh tidak!

Jadi, bagaimana untuk hilangkan jerawat dengan cepat?

Jika kamu mempunyai masalah cystic acne (the sore, swollen, under-the-skin bumps), tiada apa yang boleh kamu lakukan sangat. Sedikit krim hydrocortisone boleh membantu tetapi hanya cortisone shot yang boleh menghilangkannya dalam masa satu malam, dan ubat daripada doktor yang boleh menyembuhkannya 100 peratus. Jadi, jumpa dermatologi kamu sekarang!

Selain itu, kamu boleh menggunakan spot treatment selepas memakai pelembap. Untuk whiteheads, gunakan benzoyl peroxide dan untuk pori tersumbat serta inflamed bumps, cuba salicylic acid yang boleh larutkan minyak serta sel kulit.

Artikel asal: Chloe Metzger (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker