Bangkitkan Semula Keremajaan Kulit - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Bangkitkan Semula Keremajaan Kulit

Menjanjikan kulit yang seolah dilahirkan semula hanya selepas lapan hari, Life Plankton™ seharusnya dijadikan asas dalam rutin penjagaan kulitmu.

Wanita mana yang tidak mahukan kulit jernih, muda berseri setiap hari biarpun berdepan tekanan, pencemaran dan gaya hidup yang tak menentu? Minta saja dan kamu dapat dengan Biotherm Life Plankton™ Clear Essence, langkah penjagaan kulit asas yang mengembalikan keserian kulit dengan bertindak ke atas kulit yang kusam dan tidak sekata. Ramuan yang memberi nafas baru kepada kulit ini memperbaiki tekstur kulit dalam masa lapan hari dengan melicinkan serta menyeimbangkan air dan minyak di dalam kulit. Selepas 28 hari ton serta kejernihan kulit diperbaharui dengan kulit yang lebih berseri, cerah serta jernih seperti baru! Liang-liang pori juga tidak lagi jelas kelihatan. Dari masa ke semasa, kulit akan kekal jernih, berseri dan kelihatan lebih muda.

Masih keliru akan susunan langkah penjagaan kulit dengan Life Plankton™ Clear Essence? Ia bukan penyegar, ia langkah paling asas selepas kamu membersihkan kulit serta menggunakan penyegar. Teksturnya yang ringan dan menyegarkan ini dirumus dengan agen pengelupasan yang lembut untuk menjernihkan kulit, melicinkan serta melembutkan tekstur sambil mengawal minyak dan liang pori.

Cuba ritual harian langkah asas dengan Biotherm Life Plankton™ Clear Essence ini:

Langkah 0: Perawatan Asas

-Pedapkan sedikit Life Plankton™ Clear Essence untuk memperbaiki kejernihan dan tekstur kulit.

-Atau titiskan dalam lima hingga enam titis Life Plankton™ Essence untuk mengurangkan garis halus, kedutan dan kekeringan Untuk membangkitkan kuasa pembaharuan kulit Life Plankton™ goncang botol untuk sebatikan kandungan yang mendap di dalam botol.

Langkah 1: Penjagaan Harian

Life Plankton™ Sensitive Emulsion meneutralkan ketakselesaan kulit yang sensitif. Sementara itu Life Plankton™ Sensitive Balm membalut kulit dengan nutirisi agar kulit terasa lega dan diperkuatkan dari dalam.

Langkah 2: Perawatan mingguan atau S.O.S

Pilih Life Plankton™ Mask dengan tekstur hydrogel yang melegakan, menyegarkan dan membangkitkan semula kemekaran kulit. Atau pilih Life Plankton™ Essence in Mask, pupur topeng yang memperbaharui kulit hanya dalam lapan minit!

Ingat, selepas lapan hari sahaja, kulitmu bercahaya (bukan berminyak), halus dan jernih seolah ada cahaya yang memancar dari dalam. Kamu tak percaya? Cubalah lapan hari…

Singgah ke kaunter Biotherm berdekatan untuk rundingan kulit serta sampel produk percuma.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru