Bahana Online Friends Kamu Perlu Tahu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Bahana Online Friends Kamu Perlu Tahu!

Bahana Online Friends Kamu Perlu Tahu

Betul kata orang, ‘berkawan biar seribu’, lebih-lebih lagi jika kamu gunakan internet untuk menambah kenalan. Tapi kamu perlu berhati-hati kerana tidak semua yang dipaparkan adalah realiti. Cosmo kongsi lima bahana rakan atas talian yang kamu perlu tahu.
Foto: Depositphotos

Dunia maya, rangkaian sosial dan online friends telah menjadi sebahagian besar dalam kehidupan manusia. Membina persahabatan di internet kini menjadi satu fenomena biasa tetapi persahabatan ini berdasarkan imej yang kamu tunjukkan kepada dunia melalui rangkaian sosial yang selalunya bukan seratus peratus benar. Ini bermakna, terdapat segelintir manusia di internet mencipta persona diri yang berbeza daripada realiti kehidupannya.

1) Kamu sukar mempercayai seseorang

Membina persahabatan secara online adalah perkara biasa, tetapi persahabatan yang sebenar berkait rapat dengan kepercayaan terhadap seseorang. Amanah adalah faktor yang paling penting dalam mana-mana hubungan. Agak sukar untuk mempercayai rakan yang kamu kenal di atas talian. Tetapi, ada manusia yang baik di dalam dunia maya, cuma peratusannya amat sedikit. Sentiasa selidik terlebih dahulu latar belakang seseorang jika kamu benar-benar ingin menjadikan dia ‘Online BFF’ kamu.

2) Kamu tidak boleh harapkan sokongan

Kamu tidak pasti sama ada online friends boleh dipercayai atau tidak. Apabila kamu berada dalam kesusahan, teman-teman biasanya akan membantu dan menyokong kamu. Tetapi, apabila ia melibatkan online friends, kamu tidak tahu jika mereka akan ada jika kamu benar-benar memerlukan sokongan dari segi mental dan fizikal.

3) Niat yang boleh diragui

Kamu kurang pasti perihal niat di sebalik persona teman di internet. Mungkin dia seorang teman yang baik, tapi kamu masih tak yakin dan ragu-ragu untuk mempercayainya. Pendapat kamu, dia punya niat yang salah, tambah lagi jika kamu tidak pernah sekali pun berjumpa dengannya. Banyak kisah penipuan di internet terutamanya melibatkan penipuan wang, catfish, scam dan sindiket warga asing menyamar untuk menipu wang juga kian menjadi-jadi, hati-hati ya!

4) Kamu boleh hilang kawan sebenar

Terdapat risiko apabila kamu begitu asyik dengan online friends kerana dalam keadaan tidak sedar hubungan dengan rakan realiti semakin renggang. Kamu perlukan teman baik di dunia sebenar dan bukan hanya terperangkap dalam ketagihan memperbanyakkan teman dalam talian.

5) Kamu mungkin dalam bahaya

Mempunyai online friends mungkin meletakkan kamu dalam situasi berbahaya. Kamu boleh berakhir menjadi mangsa gangguan atau kehendak seksual. Oleh itu, kamu perlu sedar dan berhati-hati tentang kebaikan dan keburukan online friends.  Jika kamu pernah berjumpanya secara langsung, tidak bermakna kamu sudah terlepas daripada bahaya tersebut. Risikonya tetap ada. Mereka boleh menjadi seorang yang berniat jahat yang berniat untuk merompak, membunuh, merogol, ataupun seorang psychopath. Ingat! Jangan date orang yang kamu kenal melalui internet seorang diri!

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert