Baca 5 Novel Ini Jika Kamu Rindukan Percutian Di Luar Negara - Page 4 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Baca 5 Novel Ini Jika Kamu Rindukan Percutian Di Luar Negara

Terasa rindu untuk bercuti di luar negara tapi jauh daripada mustahil kerana situasi yang sedang melanda sekarang? Cosmo cadangkan kamu explore dunia fiksyen YA (young adult) ini tentang pengembaraan berlatarbelakangkan negara Eropah.

Foto: Qistina Jafril

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Love and Luck

Lagi satu karya kedua Jenna Evans Welch mengenai pengembaraan dan cinta seorang gadis muda bernama Eddie (rakan baik Lina dalam Love & Gelato). Kali ini, ia berlatarkan negara Ireland di mana Eddie perlu menghadiri perkahwinan ibu saudaranya dan dia berharap boleh melupakan keperitan dan dapat mengalihkan perhatiannya. Satu hari, Eddie terjumpa sebuah buku panduan menarik, Ireland for The Heartbroken yang tersembunyi di rak buku perpustakaan hotel.