Baca 5 Novel Ini Jika Kamu Rindukan Percutian Di Luar Negara - Page 2 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Baca 5 Novel Ini Jika Kamu Rindukan Percutian Di Luar Negara

Terasa rindu untuk bercuti di luar negara tapi jauh daripada mustahil kerana situasi yang sedang melanda sekarang? Cosmo cadangkan kamu explore dunia fiksyen YA (young adult) ini tentang pengembaraan berlatarbelakangkan negara Eropah.

Foto: Qistina Jafril

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Wanderlost

Aubree mengambil alih tugas musim panas kakaknya, Elizabeth yang sedang mengalami masalah. Tugasnya perlu memimpin sekumpulan warga emas di bas pelancongan sepanjang perjalanan ke Eropah. Namun tanpa dijangka, anak lelaki milik syarikat pelancongan itu, Sam turut menyertai ekspedisi tersebut. Menyamar sebagai Elizabeth, Aubree mengetahui dia tidak sepatutnya jatuh hati kepada Sam terutamanya apabila mereka berada di kota-kota romantik di Eropah. Hubungan Aubree dengan Sam akan mengancam hubungannya dengan kakaknya di kemudian hari. Aubree tidak mahu mengecewakan kedua-dua orang tersayang…