Apabila Ariana Grande Berhijab...
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Apabila Ariana Grande Berhijab…

Okay, obviously the headline is a clickbait. Bukan Ariana memeluk Islam ataupun menggayakan hijab, tetapi seorang gadis Muslim bernama Zahra dikatakan memiliki wajah seiras bintang pop itu.

Zahra yang begitu popular di laman sosial terutamanya di TikTok bukan sahaja seiras penyanyi itu, tetapi suaranya juga kedengaran seperti Ariana ketika bercakap. Zahra, 20, dilahirkan di Albany, New York dan berketurunan Afghanistan, Iran dan Siberia.

Menerusi TikTok, Zahra berkata keluarganya yang berasal dari Afghanistan berhijrah ke Amerika Syarikat 25 tahun lalu dan dia fasih berbahasa Inggeris dan Parsi. Zahra yang menggunakan nama @muslimthicc di YouTube dan TikTok memiliki lebih 2.2 juta pengikut di TikTok dan lebih 247,000 pengikut di Instagram.

Apa yang menariknya, Zahra tetap melayan pengikut-pengikut lelaki di laman sosial dengan baik, walaupun menurut Zahra, ada yang berkali-kali menghantar mesej mahu melihat dia memuat naik video tanpa hijab.

Pengikutnya di laman sosial juga sering memuji kecantikan semulajadi Zahra dan sering menyamaknnya dengan Ariana Grande. Malah Zahra juga sering memuat naik video mengulas komen tentang persepsi salah orang ramai tentang wanita Muslim dan Islam sendiri.

Apa-apapun, Cosmo enjoy melayan video-video Zahra di TikTok dan YouTube. Boleh dikatakan Zahra antara influencer yang menyampaikan mesej positif di laman sosial.

Foto: Instagram.com/zahr4

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
View this post on Instagram

windows to the soul haha

A post shared by ♡ zahra ♡ (@zahr4) on

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness