Apa Punca Pergaduhan Brad Pitt Dengan Anak-anaknya?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Rupanya Ini Punca Pergaduhan Brad Pitt & Anak-anaknya

Rupanya Ini Punca Pergaduhan Brad Pitt & Anak-anaknya

Cosmo ingatkan penceraian Angelina Jolie dan Brad Pitt sudah cukup menyedihkan, tetapi kini ada berita lebih teruk yang mengatakan Brad Pitt mempunyai masalah dengan dua orang anaknya.
Rupanya Ini Punca Pergaduhan Brad Pitt & Anak-anaknya
FOTO / ARTISTES-PRODUCTIONS.COM

Angelina meminta cerai daripada Brad setelah satu insiden dalam kapal terbang yang terjadi di antara dia dan Maddox. Kini, Maddox dilaporkan tidak menganggap dirinya sebagai anak lelaki Brad. Adik lelaki Maddox, Pax juga dilaporkan mempunyai masalah dengan Brad. Untuk hubungan Zahara dan Brad, ia masih tidak jelas tetapi apa yang pasti mereka bertiga tidak akan menyambut Krismas bersama Brad tahun ini.

Berdasarkan satu sumber daripada Us Weekly, “Brad merancang ingin mengambil Shiloh, Knox dan Vivienne pada hari krismas.” (Zahara menyambut krismas bersama Brad tahun lalu, tetapi tahun ini dia ingin mencuba sesuatu yang lain.” Tambah sumber tersebut, “Brad berharap mereka ingin meluangkan masa bersamanya tetapi dia yang sebenarnya mahu menyambut Krismas bersama mereka.”

Brad Pitt And Angelina Jolie Arrive Tokyo
FOTO: JUN SATO / GETTY IMAGES

Pada Ogos lalu, satu sumber Us melaporkan Maddox dan Pax tidak menyambut Krismas bersama ayah mereka disebabkan “simmering resentment.” Selain itu, mereka juga ingin meluangkan masa bersama kawan-kawan berbanding ibu bapa serta adik-beradik.

Maddox sekarang sedang melanjutkan pelajaran di kolej di Korea Selatan dan tidak dapat dipastikan lagi sama ada dia, Zahara dan Pax akan menyambut Krismas bersama ibu mereka, Angelina Jolie.

Artikel asal: Shannon Barbour (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker