Apa Perlu Buat Bila BFF Kamu Cemburu Padamu?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Apa Perlu Buat Bila BFF Cemburu Pada Kamu?

Ambil kira saranan ini untuk nilai semula persahabatan kalian.
Foto: Depositphotos

Self-evalute

Tanya diri jika kamu ada buat apa-apa untuk ‘parahkan’ lagi rasa cemburu temanmu itu. Adakah dia sedang melalui sebarang masalah? Ada kala, bila kamu sedang lalui kehidupan yang selesa, sukar untuk rasa empati pada teman. Cuba letak dirimu dalam situasinya agar kamu boleh fahami keadaannya.

Komunikasi Dengan Baik

Hati-hati dengan nada suara yang dilontarkan agar dia tak rasa seperti kamu cuba merendah-rendahkannya. Cuba katakan: “I rasa you macam tak selesa dengan (masukkan situasi tersebut di sini), nak bincang pasal hal itu? We can talk about anything.”

Jangan Biar Ia Memakan Diri

Jika cubaan lain gagal, jangan biar teman yang cemburukan kamu itu menghalang kejayaanmu. Memang bagus jika kamu passionate, tapi tak semua benda kamu boleh tolong selesaikan. Dia perlulah jalani kehidupannya sendiri seperti mana kamu juga. Be proud of your progress, dan doakan dia akan menemui jalan yang membahagiakan dirinya.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker