Adakah Rasa Sakit Semasa Ovulasi Itu Normal? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Adakah Rasa Sakit Semasa Ovulasi Itu Normal?

Berita baik untuk kamu! Rasa sakit semasa ovulasi ini tidaklah seteruk dan selama senggugut. Namun, kamu perlu ambil tahu juga jika rasa sakit itu menjadi abnormal.
Foto: Deposit Photos

Dalam komuniti perubatan, ia dikenali sebagai mittleschermz – berasal daripada bahasa Jerman iaitu ‘sakit pertengahan’. Terdapat sesetengah wanita mengalami senggugut ovulasi ketika melalui pertengahan haid.

Apa sebab kesakitan ovulasi?

Semasa ovulasi, folikel dalam salah satu ovari akan mengeluarkan telur atau mengovum. Folikel-folikel ini dipenuhi dengan bendalir dan menyalur dalam diameter paling besar sebelum ovulasi. Bendalir ini boleh menyebabkan sedikit keradangan, menghasilkan senggugut di pertengahan kitaran haid (atau dua minggu sebelum datang haid.)

Ada satu teori yang berkaitan dengan pembesaran folikel di mana ia meregang permukaan ovari kamu yang boleh menyebabkan rasa sakit.

Bagaimana rasa sakit ovulasi?

Ia rasa seperti senggugut haid tapi lain sedikit. Rasa sakit ovulasi seperti dipulas-pulas dan nyilu akan dirasai pada satu belah saja di bawah abdomen berbanding ketika senggugut. Sesetengah wanita ada yang mengalami rasa lebih sakit di bawah belakang badan daripada bawah abdomen mereka. Jangan risau, itu sangat normal. Semua orang mempunyai simptom lain-lain.

Kemungkinan kamu akan sedikit rasa kembung pada bawah abdomen dan mengalami sedikit pendarahan atau keputihan. Apa yang penting, semua ini akan hilang dalam masa dua hari. Sekiranya terlalu lama atau terlalu sakit sehingga ubat penahan sakit pun tak berkesan, jadi segeralah berjumpa dengan doktor.

Bagi mengurangkan rasa sakit ovulasi seperti senggugut, Cosmo cadangkan kamu guna ubat tahan sakit, pad panas, dan banyak minum air.

Apa yang tak normal?

Ini sangat perlu diberi perhatian sekiranya kamu sudah menahan sakit ovulasi lebih daripada dua hari, atau rasa sakit itu sangat menyakitkan dan melemahkan, maka jalan yang tebaik adalah berjumpa dengan pakar sakit puan. Kemungkinan itu merupakan beberapa tanda sakit pelvik daripada sindrom ovari polisistik ke endometriosis.

Artikel asal: Hannah Smothers (Cosmopolitan.com)