AADC 2 : Temuramah Eksklusif Bersama Rangga - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

AADC 2 : Temuramah Eksklusif Bersama Rangga

Rangga: “Apa yang saya lakukan pada kamu itu tidak adil…”

Cinta: “Rangga, apa yang kamu lakukan pada saya itu, jahat!”

Dialog ini adalah paling terkesan pada penonton setia filem Ada Apa Dengan Cinta 2. Cosmo berkesempatan menonton tayangan AADC 2 dan menemuramah bintang utamanya Nicholas Saputra. Jom baca!

 

IMG_0111 IMG_0092

 

Apa harapan kamu untuk AADC 2 ini? Dan ceritakan sedikit pengalaman kamu sepanjang penggambaran.

Saya harap penonton dapat mesej yang nak disampaikan dalam AADC 2 ini, cerita ini mungkin boleh dikaitkan dengan pengalaman cinta atau hidup kamu sendiri. AADC 2 adalah antara filem terbaik yang pernah saya bintangi dan ia satu pengalaman yang hebat. Kali ini ia adalah seperti sesi reunion di antara para pelakon dan krew. We really had fun, kami berkongsi dan mengimbau kenangan 14 tahun lalu ketika menjayakan AADC 1.

 

Adakah AADC 2 mampu menjadi fenomena seperti AADC dulu?

Saya tiada jawapan untuk itu, tapi saya berharap peminat AADC menyukainya kerana telah ‘beratus purnama’ kita semua menunggu kemunculan filem ini.

 

Bagaimana kamu mendapatkan semula keserasian setelah lebih 14 tahun AADC bertapa? 

Itu bukan masalah besar kerana sebagai pelakon, setelah diberikan skrip dan melakukan latihan kami dapat semula perasaan dan keserasian itu kembali.

 

Kamu telah bergandingan dengan ramai pelakon wanita yang lain, tetapi apa yang membuatkan Dian Sastrowardoyo begitu istimewa bagi kamu? Jika digandingakan dengan Dian dalam filem yang lain, bagaimana kamu lari dari perasaan dan watak dalam AADC ini?

Siapa cakap macam tu? Hahaha. Bergandingan dengan Dian satu pengalaman yang hebat, malah saya juga rapat dan selesa berlakon bersama pelakon wanita yang lain dalam AADC 2. Cuma saya dan Dian perlu betul-betul in love dalam filem ini. Of course, kami pernah bergandingan dalam filem yang lain, namun perasaan itu berbeza kerana setiap filem memiliki skrip yang berbeza untuk kami serap dan hayati dalam jiwa.

 

Apa perasaan kamu bila semuanya telah berakhir? Adakah akan ada AADC 3 nanti?

Saya tidak merasakan ianya telah berakhir dan saya tidak sabar mahu mendengar respon daripada penonton nanti. Saya tidak boleh menjanjikan akan ada sambungan untuk AADC 2 ini, kita nantikan saja.

 

Ucapan untuk pembaca Cosmo dan peminat-peminat AADC di luar sana?

Saya berharap kamu semua akan menyukai AADC 2 ini. Terima kasih kerana terus menyokong dan jangan lupa saksiakn AADC 2 di pawagam bermula 28 April ini.

 

12994564_845678602205196_996397232167599358_n

 

Foto: PrimeworksDistribution /oleh: @curlyjow

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor