8 Perkara Kamu Mungkin Tak Tahu Tentang Kulitmu Di Usia 20-an - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

8 Perkara Kamu Mungkin Tak Tahu Tentang Kulitmu Di Usia 20-an

Usia 20-an… Kamu baru nak lihat dunia, baru nak bebas. Di usia begini, selalunya kamu tak peduli dengan kata orang. Tapi dalam kamu enjoy dan bereksperimen dengan pelbagai benda, tolonglah ambil peduli 20 perkara ini kerana kamu akan berterima kasih pada kami bila berusia 40 tahun nanti.

 

 

1.Waktu-waktu kamu berjemur akan menghantui kulitmu. Bila kamu rajin berjemur ketika umur 20-an, 20 tahun kemudian bila kamu adakan reunion dengan kawan-kawan, kamu akan kelihatan 10 tahun lebih tua daripada mereka yang rajin gunakan perlindungan matahari dulu-dulu. Malah kamu mungkin bermasalah pigmentasi dan tekstur kulit kasar berkedut. Pastikan perlindungan matahari sekurang-kurangnya SPF 30 menjadi peneman kamu berjemur (atau tidak) setiap hari.

 

2. Tanning beds mungkin tak popular langsung di sini berbanding negara Barat. Tapi kalaulah ada teman-teman kamu di luar negara yang gilakan tanning beds, beritahu mereka jumlah sinnar UVA dan UVB dari tanning beds lebih tinggi daripada kamu berada di luar. Sekali kamu buat, kamu berisiko untuk kanser kulit sebanyak 20% menurut British Medical Journal. Janganlah cari pasal…

 

3. Merokok buat kamu tua. Rokok merosakkan sistem yang merawat tubuh dan menghalang penghasilan semula kolagen, lalu mencipta garis dan kedutan pra-matang. Ia juga mengeringkan tubuh serta kulit kerana ia menyekat bekalan oksigen, membuatkan kulit kamu kering bergerutu bila ia sepatutnya mulus dan gebu.

 

4. Jerawat itu biasa. Bukan kamu seorang saja malah 8 daripada 10 daripada kamu masih bermasalah jerawat. Jadi bersihkan solekan dengan betul sebelum tidur. Guna perawatan jerawat bila perlu dan pelembap yang tidak menyumbat pori. Jerawat atau tidak, kulitmu perlukan lembapan secukupnya.

 

5. Sental, jangan tak sental. Eksfoliasi adalah kunci kepada kulit yang jernih, berseri. Ini kerana kulitmu tidak mengelupas dengan sekata. jadi jika kamu tak bantu sental, tinggalan kulit mati akan buat tona kulitmu tak sekata. Bila kamu sental, ia menghantar isyarat kepada sel untuk tumbuh dan memperbaharui dan buat kamu berseri. Gunalah skrub harian atau mingguan atau jenis pupur. Tapi jika kulitmu sensitif, elak glycolic peels kerana ia boleh merengsa kamu yang memang mudah rengsa.

 

6. Alkohol mengeringkan kulit. Benda yang dilarang pasti ada sebabnya dan antaranya ialah ia akan menyahhidrat sehingga kamu kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Untuk kekalkan keserian, kegebuan kulit muda kamu, elak lah alkohol dan banyakkan minum air kosong lepas kamu minum kopi, teh, soda dan sebagainya.

 

7. Tidur itu kemestian. Kurang tidur bermakna kuranglah waktu tubuh merawat dan berfungsi sebaiknya. Kurang tidur juga boleh buat kamu nampak lebih tua (kulit kering, mata lebam, kusam) dan buat kamu nak marah saja. Kita sentiasa dalam keadaan ‘rosak dan rawat’, kita memulih ketika tidur, ketika hormon tekanan berada pada tahap paling rendah dan molekul yang merawat kulit paling tinggi. Cubalah tidur lapan jam. kalau tidak kamu sentiasa dalam keadaan rosak tapi tak rawat-rawat.

 

8. Elak cukur kaki sebelum buat pedicure. Macam tak ada kena mengena, kan? Tapi bila kamu cukur bulu kaki, luka-luka kecil akan mendedahkan kamu kepada bakteria dan jangkitan. Basin di nail salons selalunya hanya akan dicuci dengan peluntur bila kedai dah tutup, jadi sementara itu kamu berisiko. Kalau boleh jadilah pelanggan pertama hari itu untuk memastikan kamu dapat basin yang bersih. Atau pergi ke salon yang kamu tahu menjaga kualiti dan mencuci dengan pencuci antibakteria selepas setiap pelanggan.

 

Foto: 123rf.com

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru