7 Senaman Ringan Untuk Kekal Cergas Di Tempat Kerja
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
7 Senaman Ringan Ini Boleh Bantu Kamu Kekal Cergas Di Tempat Kerja

7 Senaman Ringan Ini Boleh Bantu Kamu Kekal Cergas Di Tempat Kerja

Tidak sukar pun untuk kekal fokus di pejabat agar momentum kerjamu tidak ‘ke laut’. Cosmo ada cara bagaimana kamu boleh kekal aktif dari segi fizikal dan mental.

Rahsia Kekal Cergas Di Tempat Kerja

Foto: Depositphotos

If you are working on a 9 to 5 desk job, mungkin satu-satunya pergerakan yang kamu lakukan adalah keluar makan tengah hari atau jalan ke office pantry untuk bancuh kopi. Tahukah kamu jika tubuh tidak aktif, ia boleh memberi kelesuan dan kepenatan yang berpanjangan? Ini yang boleh kamu lakukan untuk atasinya.

Lakukan senaman 10 minit setiap dua jam. Terdapat pelbagai jenis senaman yang kamu boleh buat di sebalik meja kerja kamu. 

Cuba: Duduk di atas kerusi, letakkan tangan di sisi dan angkat kaki kamu ke atas sehingga lutut mencecah dada. Turunkan kaki ke posisi mula. Ulang gerakan sama selama satu minit.

Cuba: Berdiri di belakang meja kerja, tolak kerusi ke tepi dan kemudian turun ke posisi squat seolah-olah kamu sedang duduk di atas kerusi. Untuk sokongan, kamu boleh rehatkan tangan di atas meja. Kembali ke posisi mula. Ulang gerakan sama selama 30 saat kemudian tahan posisi squat selama 30 saat.

Cuba: Duduk di atas kerusi, dada tegak dan tangan di sisi. Tarik nafas dan angkat tangan kamu lurus ke atas. Tahan nafas selama lima saat, kemudian hembus nafas dan turunkan tangan kamu ke bawah semula. Ulang 10 kali.

Cuba: Duduk di atas kerusi dan letakkan tangan kamu di atas lutut. Gerakkan tubuh ke kanan dan stretch. Kira sehingga 10 dan kembali ke posisi mula. Kemudian gerakkan pula tubuh ke kiri dan stretch. Kira sehingga 10 dan kembali ke posisi mula. Ulang lima kali pada setiap bahagian.

Cuba: Duduk di atas kerusi, badan tegak dan tangan di sisi. Gerakkan bahu kamu membulat dari depan ke belakang 10 kali. Kemudian gerakkan bahu kamu membulat dari belakang ke depan 10 kali.

Cuba: Berdiri tegak di belakang meja kamu, letakkan tangan di pinggang untuk keseimbangan. Angkat kaki kanan dan gerakkan pergelangan kaki kamu membentuk bulat. Lakukan gerakan sama pada kaki kiri pula. Ulang 20 kali pada setiap belah kaki.

Cuba: Set timer di telefon bimbit kamu selama tiga minit dan berjalan di kawasan pejabat sehingga timer berbunyi. Jika mahu hasil yang lebih baik, kamu boleh pelbagaikan cara berjalan seperti menggabungkan lunges dan skipping.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor