7 Fakta Penting Kamu Perlu Tahu Tentang Payudara
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
7 Fakta Penting Kamu Perlu Tahu Tentang Payudara

7 Fakta Penting Tentang Payudara

Boobs seem pretty straightforward. Ia selalu beri kamu petunjuk saat kamu mahu datang bulan. Ia juga beri petunjuk apabila kamu sejuk! Malah ia juga mainkan peranan penting untuk menggoda pasanganmu. Tapi masih terdapat beberapa perkara tentangnya yang belum kamu tahu… Ini dia.

7 Fakta Penting Kamu Perlu Tahu Tentang Payudara

Foto: Depositphotos

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

SAIZ PAYUDARA BOLEH BERUBAH

Peningkatan hormon ketika kitaran haid menyebabkan kelenjar di dalam payudara membesar sebagai persediaan untuk kemungkinan hamil, di mana mengakibatkan berlakunya pembengkakan atau ketegangan. Malah, estrogen juga merupakan punca kesan sampingan payudara menjadi lebih besar. “Pil perancang yang mengandungi kadar estrogen yang lebih tinggi boleh menyebabkan pembendungan cecair di dalam payudara dan merangsang pertumbuhan sel payudara,” kata Dr Harold Carlson, chief of endocrinology and metabolism di Stony Brook School of Medicine di Amerika Syarikat. Pil perancang bukanlah satu-satunya ubat yang memberi kesan sampingan tersebut: Antipsikotik seperti risperidone (sering kali diberi kepada pesakit bipolar disorder) dan metoclopramide (rawatan untuk peduh ulu hati), meningkatkan kadar hormon prolaktin di mana boleh menyebabkan payudara bengkak dan merangsang pertumbuhan sekali gus meningkatkan penghasilan susu. Jika kamu tidak suka kesan sampingan seperti ini, berjumpa dengan doktor kamu dan runding untuk pengambilan ubat yang boleh mengurangkan kadar prolaktin. Hormonal IUD, seperti Mirena, mempunyai kurang kesan sampingan kerana mengandungi bahan aktif, progesteron.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor