6 Penyebab Burnout Di Tempat Kerja & Cara Atasinya
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
6 Penyebab Burnout Di Tempat Kerja & Cara Atasinya

6 Penyebab Burnout Di Tempat Kerja & Cara Atasinya

Sebelum kamu berhenti kerja, fikir kembali apa yang menyebabkan kamu burnout? Ia tak semestinya disebabkan oleh penat saja tau.
Foto: Depositphotos

1. Beban Kerja

Basically, kamu rasa burnout apabila beban kerja kamu melebihi kapasiti sehingga tiada masa untuk rehat dan pulih semula – apatah lagi untuk professional growth and development.

Cara Atasi: Kamu perlu merancang, utamakan kerja dan bahagikan tugas, berani katakan ‘tidak’ serta lupakan perfectionism. Dengan usaha proaktif ini, Cosmo percaya skill pengurusan masa kamu akan bertambah baik.

2. Kurang Kawalan

Misalnya, bos tak henti-henti hantar e-mel siang dan malam tentang kerja sehingga kamu rasa kurang autonomi… Pernah terfikir, adakah kehidupan profesional kamu merosakkan your well-being ?

Cara Atasi: Ubah situasi, berbincang dengan bos supaya untuk wujudkan boundaries dan no more email 24/7/365 needed. Dengan cara ini, kamu akan tahu apa yang boleh kamu pengaruhi versus apa yang tidak dalam persekitaran kamu.

3. Ganjaran

Mungkin kamu mahu dinaikkan gaji atau pangkat. Atau cuma mahu dapat feedback positif daripada bos dengan usaha dan masa yang diluangkan. Technically, you would need to feel appreciated.

Cara Atasi: Cuba lihat ganjaran mana yang membuatkan kamu rasa berbaloi.

4. Komuniti

Sudah tentu kamu tak boleh pilih rakan sekerja dan client di tempat kerja. Tapi kamu boleh tingkatkan dinamik. Lihat bagaimana ikatan hubungan kamu dengan rakan sekerja lain sama ada wujudnya sokongan dan kepercayaan atau tidak.

Cara Atasi: Sekadar bertanya apa mereka buat hari ini – dan really listening. Kalau masih ada yang tak nak/tak boleh improve hubungan kalian, mungkin kamu perlu bertukar tempat kerja lain.

5. Keadilan

Selama ini kamu pernah dapat layanan adil di tempat kerja? Rakan kerja dapat pujian tapi kenapa hasil kerja kamu tak pernah seorang pun perasan?

Cara Atasi: Kalau kamu rasa kurang keadilan yang menyebabkan kamu burnout, speak up. Kadangkala orang tak perasan mereka berat sebelah atau berpura-pura tak perasan sehingga kamu bersuara.

6. Prinsip Tak Sama

Punca kamu burnout kerana kamu mempunyai nilai atau prinsip yang jauh berbeza dengan syarikat tersebut. Adakah mereka terbuka untuk berubah setelah kamu memberi pendapat atau cadangan?

Cara Atasi: Apabila kamu tidak bermotivasi dan berasa tidak sesuai dengan organisasi itu lagi, lebih baik kamu cari tempat kerja yang memiliki prinsip yang sama dengan kamu.

GIF: Giphy

Rujukan: Elizabeth Grace Saunders, (hbr.org)