6 Fakta Penting Tentang Tuala Wanita Yang Kamu Perlu Tahu
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
6 Fakta Penting Tentang Tuala Wanita Yang Kamu Perlu Tahu

6 Perkara Penting Tentang Tuala Wanita Yang Kamu Perlu Tahu

Tak sangka, kan? Memandangkan kamu gunakannya setiap bulan, kamu ‘wajib’ ambil tahu mengenainya. Mungkin selepas ini kamu boleh cuba yang eco-friendly?

6 Fakta Penting Tentang Tuala Wanita Yang Kamu Perlu Tahu

1. Fakta pertama

Menurut penelitian daripada jenama menstural cup Mooncup, seorang wanita menggunakan 11,000 tuala wanita sepanjang hidupnya. Malangnya, pad dan tampon terdiri daripada 90 peratus plastik, dan tampon juga mengandung pemutih, kapas non-organik, serta rayon yang sukar terurai.

2. Fakta kedua

Berdasarkan kajian yang dilakukan di Stockholm, plastik yang terdapat dalam tuala wanita mengambil masa selama 500 hingga 800 tahun untuk terurai di dalam tanah. Plastik juga mengandung low-density polyethylene, salah satu zat yang membahayakan planet dan memerlukan bahan bakar besar dalam proses pembuatannya.

3. Fakta ketiga

Melalui kajian United Nations Environment Program, penghasilan tuala wanita menyumbang pelepasan gas karbon sekitar 15 juta ton setahun! Ia bersamaan dengan 35 juta tong minyak yang boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai keperluan pokok.

4. Fakta keempat

Menurut data daripada Trash Free Seas program at Ocean Conservancy, sekitar 27.938 tampon terpakai ditemui di seluruh pantai yang ada di dunia dalam sehari. European Commission menyatakan tuala wanita adalah barang kelima yang sering dibuang di pantai!

5. Fakta kelima

Zero Projects mendapati satu tuala wanita bersamaan dengan empat beg plastik. Bermakna, ada sekitar 44.000 beg plastik yang digunakan para wanita sepanjang hidupnya (hanya daripada tuala wanita saja).

6. Fakta keenam

Penelitian dari Journal of the Institution of Environmental Sciences mendapati terdapat sekitar 2.5 juta tampon dan 700,000 pantyliner dipam di dalam jamban setiap hari di United Kingdom. Ini sebenarnya berbahaya kerana ia akan disalurkan ke laut dan mencemari ekosistem selama ribuan tahun. Bayangkan jika ini terjadi di seluruh dunia!

Artikel asal: Giovani Untari (cosmopolitan.co.id)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor