5 Sebab Payudara Kamu Terasa Sakit - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
5 Sebab Payudara Kamu Terasa Sakit

5 Sebab Payudara Kamu Terasa Sakit

Payudara adalah aset yang perlu sentiasa diambil berat tentang kesihatannya. Tapi apa puncanya jika payudara kamu sering sakit? Hmm, mungkin kamu sedang mengalami salah satu daripada situasi ini…

5 Penyebab Payudara Sering Terasa Nyeri

Foto: Outnow.ch

Hormon Tidak Seimbang

Rasa sakit di payudara biasanya terjadi disebabkan perubahan hormon reproduksi dalam tubuh contohnya menjelang haid. Pada waktu ini, tahap estrogen dalam tubuh jauh lebih rendah daripada progesteron sehingga membuatkan payudara menjadi lebih besar dan lebih sensitif terhadap rasa sakit.

Memakai Bra Ketat

Jangan sarungkan bra yang tidak lagi sesuai dengan saiz payudara kamu! Bra ketat menyukarkan bahagian dada kamu untuk ‘bernafas’ disebabkan kekangan pengaliran udara. Ini boleh menyebabkan rasa sakit pada tulang sekitar dada. Beli bra baru atau dapatkan extender jika tali bra terlalu ketat.

Tidak Memakai Sport Bra Bila Bersenam

Jangan abaikan penggunaan sport bra walaupun jika kamu sekadar beriadah di rumah. Payudara bergerak lebih kerap ketika bersenam dan sport bra membantu menyokong pergerakan yang boleh membuatkan otot sekitar ‘kembar’ kamu mengendur.

Selalu Sangat Minum Kopi

Kafein boleh menyebabkan fibrocystic breast, benjolan berisi cecair yang membuat payudara kamu rasa tidak selesa atau sakit. Menurut Georgetown University Department of Medicine, kesakitan ini boleh jadi berterusan atau muncul sekejap-sekejap saja. Jadi jika payudara kamu terasa sakit, mungkin sudah tiba masa untuk kamu hadkan pengambilannya.

Efek Sampingan

Terdapat beberapa jenis ubat yang mempunyai efek sampingan yang mempengaruhi pengeluaran estrogen di dalam tubuh dan menyebabkan rasa sakit. Sebaiknya berundinglah dengan doktor sebelum mengambil apa-apa ubat.

Artikel asal: Silvya Winny (cosmopolitan.co.id)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor