5 Petanda Kulit Kamu Tidak Sesuai Dengan Perawatan Skincare Baru - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
5 Petanda Kulit Kamu Tidak Sesuai Dengan Perawatan Skincare Baru

5 Petanda Kulit Kamu Tidak Sesuai Dengan Perawatan Skincare Baru

Girls, skincare is tricky… Perawatan kulit yang teman kamu guna tidak semestinya sesuai untuk kamu juga. Malah, jenis kulit kamu pun belum tentu sama dengan ibu atau kakak sendiri. Adakah kamu pernah mengalami masalah kulit tapi tidak tahu puncanya sama ada alergi makanan, gaya hidup kurang sihat, masalah hormon, atau penggunaan skincare baru? We feel you! Untuk membantu kamu cari jawapan, berikut adalah petanda kulit kamu tidak sesuai dengan skincare baru.

5 Petanda Kulit Kamu Tidak Sesuai Dengan Perawatan Skincare Baru

Foto: Depositphotos

1. Timbulnya jerawat

Ini salah satu masalah paling umum yang timbul bila kamu menukar perawatan kulit. Menurut pakar, kulit wajah memerlukan kira-kira dua hingga tiga minggu untuk adapt dengan produk baru, maka jerawat yang timbul akan hilang setelah itu. Namun jika breakout yang muncul agak teruk, kulit kamu sedang memberi pertanda. Saranan Cosmo, ganti produk dengan kandungan minyak yang lebih rendah atau non-comedogenic.

2. Kulit terlalu berminyak

Kadangkala, produk yang sepatutnya mengurangkan pengeluaran minyak boleh menyebabkan sebaliknya. Tambahan, membilas wajah dengan air panas juga boleh membuatkan kulit kering dan merangsang kulit untuk menghasilkan minyak secara berlebihan. Penyelesaian untuk kulit berminyak? Elakkan moisturizer jenis krim dan pilih produk rumusan gel atau yang mengandung hyaluronic acid. 

3. Kulit bengkak atau gatal

Adakah benjolan kecil berwarna putih atau merah timbul di kulit? Bila kulit kamu alergi terhadap salah satu kandungan dalam produk skincare, pori-pori boleh tersumbat dan menimbulkan bintik atau menyebabkan gatal-gatal.

4. Kulit kering dan mengelupas

Terlalu sering menggunakan produk skincare yang kuat formulanya boleh membuat kulit kering dan pecah-pecah. Bila kamu gunakan produk dengan exfoliant, kandungan retinol atau alpha-hydroxy acids, hadkan satu hingga tiga kali  seminggu saja. Sebaiknya, gunakan dahulu moisturizer kerana kulit kering mudah terdedah kepada jangkitan bakteria.

5. Kulit terasa panas

Jika kamu merasakan sensasi panas, bengkak atau gatal setelah mengaplikasikan produk skincare, ini bermakna kulit kamu sensitif terhadap salah satu kandungan dalam produk tersebut. Hentikan pemakaian, bilas dengan air bersih, dan sapukan moisturizer untuk menenangkan kulitmu.

Artikel asal: Kezia Calesta (cosmopolitan.co.id)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor