5 Perkara Kamu Boleh Lakukan Di Rumah Sepanjang Ramadan - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
5 Perkara Kamu Boleh Lakukan Di Rumah Sepanjang Ramadan

5 Perkara Kamu Boleh Lakukan Di Rumah Sepanjang Ramadan

Sudah memasuki bulan Ramadan bagi masyarakat Muslim di seluruh dunia, diselangi pula dengan keadaan sekarang ini iaitu berkuarantin dan bekerja di rumah sekali gus. Tip ini boleh membantu kamu biasakan diri dengan ‘normal baru’.
Foto: Depositphotos

Buat julung kali, sambutan bulan Ramadan pada tahun ini akan menjadi satu peringatan kepada masyarakat muslim Malaysia pada masa akan datang. Maklumlah, bazar Ramadan dan Tarawikh tidak akan dijalankan seperti tahun-tahun lalu disebabkan pandemik. Tapi…itu tidak bermakna di bulan mulia ini segala aktiviti itu akan terhenti. Cuma rutin kali ini akan berbeza sedikit untuk kamu adaptasi norma baru.

1. Ramadan Checklist

Ya, dengan cara ini mudah untuk kamu jejaki matlamat yang hendak dicapai sepanjang bulan Ramadan untuk meningkatkan amalan baik dan mengurangkan tabiat yang mahu disingkirkan. Kamu boleh pantau dan guna worksheet juga checklist Ramadan di sini.

2. Workout

Ia seperti mana kamu biasa lakukan dalam rutin harian. Sebelum sahur, kamu boleh lakukan pilates atau senaman ringan untuk sentiasa cerdaskan minda. Atau, selepas beberapa jam berbuka puasa.

3. Cuba resipi baru dan sihat

Jika kamu tidak mahu ulangi resipi juadah berbuka puasa seperti bulan-bulan Ramadan sebelum ini, kamu boleh saja cari resipi masakan sihat di cosmopolitan.my atau belajar masak daripada YouTube.

4. E-bazar Ramadan

Secara fizikalnya, bazar Ramadan kali ini tidak disambut seperti biasa buat pertama kalinya atas sebab wabak pandemik. Mungkin agak janggal apabila kamu tidak turun ke bazar tahun ini, tapi kamu masih boleh nikmati juadah Ramadan melalui atas talian. Ikuti lanjut e-bazar Ramadan di sini.

5. Beli-belah atas talian

Kini, sudah menjadi satu kebiasaan di mana individu gemar membeli busana di atas talian. Mungkin semangat berbeza sikit jika membeli-belah secara fizikal – misalnya, berebut kain dengan individu lain dan sebagainya. Namun, itu tak bermaksud ia akan mematahkan hasrat kamu untuk merancang dalam memilih pakaian raya yang cantik dan menawan pada hari istimewa nanti.