5 Perkahwinan Selebriti Hollywood Paling Singkat Dalam Sejarah
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Perkahwinan Selebriti Hollywood Paling Singkat Dalam Sejarah

Penceraian dan selebriti memang tak dapat dipisahkan, kan? Setiap tahun ada saja berita penceraian selebriti yang dilaporkan. Yang bercerai selepas dua hari pun ada ya! Check it out.
Foto: US Weekly

Britney Spears dan Jason Alexander: 55 Jam

Princess of pop ini telah berkahwin dengan kawan karibnya, Alexander ketika berparti di Las Vegas pada tahun 2004. Bagaimanapun, perkahwinan ini dibatalkan selepas 55 jam.

Image result for britney spears jason alexander wedding
Foto: Instyle

Cher dan Gregg Allman: 9 Hari

Pada tahun 1975, Cher dan Gregg berkahwin di Vegas. Bagaimanapun, Cher memfailkan penceraian sembilan hari kemudian setelah dia dilaporkan mengetahui isu ketagihan dadah Gregg.

Image result for cher gregg allman
Foto: Country living mag

Drew Barrymore dan Jeremy Thomas: 39 Hari

Pada tahun 1994, Drew yang berumur 19 tahun berkahwin dengan Thomas yang berumur 32 tahun yang baru dikenalinya selama enam minggu. Drew memfailkan penceraian 39 hari selepas itu.

Image result for drew barrymore and jeremy thomas
Foto: E! News

Kim Kardashian dan Kris Humphries: 72 Hari

Perkahwinan Kim dan Kris ini sangat popular dan kos perkahwinan mereka dilaporkan mencecah 10 juta dolar dan disiarkan secara eksklusif di E! “Kim’s Fairytale Wedding” pada tahun 2011.

Image result for kim kris humphries wedding
Foto: New York Daily News

Nicky Hilton dan Todd Andrew Meister: 85 Hari

Adik kepada Paris Hilton ini berkahwin dengan seorang usahawan pada Ogos 2004. Perkahwinan mereka berlangsung di Vegas dan telah dibatalkan pada bulan November tahun yang sama.

Image result for nicky hilton and todd andrew meister

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker