5 Panduan Kemas Beg Untuk Bercuti
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Panduan Kemas Beg Untuk Pergi Bercuti

Dah beli tiket penerbangan? Bagus. Dah tempah hotel? Perfect! Langkah seterusnya adalah mengemas bagasi. Cuba tip Cosmo ini untuk memaksimumkan ruang yang kamu ada.
Foto: Depositphotos

Jangan Bawa ‘Beban’

Pakai apa-apa yang kamu rasa tak berbaloi nak dimuatkan dalam bagasi kerana saiznya yang besar dan makan ruang, contohnya but atau jaket tebal. Tak pun, bawanya dalam hand carry. Boleh juga kamu sarungkan jaket itu kalau rasa sejuk dalam kapal terbang nanti.

Gulung Dan Gulung

Jangan sesekali lipat pakaian kamu, sebaliknya gulung sekecil boleh dan susun rapat-rapat agar padu. Walau beg kamu dicampak ke sana ke sini sekalipun, pasti baju-baju kamu akan tetap dalam keadaan baik dan tak berterabur dalam beg.

Elak Baju Berkedut

Jika ada dress atau busana yang perlu kamu bawa untuk hadiri apa-apa acara atau majlis, masukkannya ke dalam garment bag dan lipat dua atau tiga kali saja dan simpan di bahagian atas untuk elak ia berkedut. Yang ini jangan sekali-kali kamu gulung ya.

Jimatkan Ruang

Jika kamu bawa selipar atau kasut, masukkan setiap belah secara berasingan ke dalam beg plastik dan selit di tepi ruang beg atau ruang antara pakaian. Sebelum simpan, manfaatkan ruang dalam kasut untuk menyimpan stoking, produk atau sebagainya.

Cara Simpan Bra

Untuk pastikan bra dalam keadaan baik, cuba tip Triumph ini: Susunnya secara bertingkat dan letakkan beberapa seluar dalam yang telah dilipat di dalam mangkuk bra paling bawah. Kemudian lipat dua bra kamu. Bukan saja jimat ruang, malah bentuk bra pun tak ‘lari’ walau dihempap pakaian lain.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker