5 Manfaat Akupuntur Yang Kamu Tak Tahu - Page 2 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
5 Manfaat Akupuntur Yang Kamu Tak Tahu

5 Manfaat Akupuntur Yang Kamu Tak Tahu

Membayangkan jarum-jarum kecil dicucuk ke beberapa titik tubuhmu sahaja boleh berikan kamu mimpi ngeri! Tapi sama seperti perubatan alternatif seperti bekam dan berurut, akupunktur mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan tubuh kamu. Malah, kadang-kala terbukti lebih baik berbanding perubatan moden.

5 Manfaat Akupuntur Yang Kamu Tak Tahu

Foto: Depositphotos

Akupunktur sudah dipraktikkan oleh orang cina sebagai perubatan alternatif sejak beribu tahun yang lalu. Kini kebaikannya sudah diketahui umum dan disokong oleh perubatan moden dan profesional. Sama seperti rawatan bekam dan berurut, ayurveda dan yoga, akupunktur terbukti boleh bantu merawat penyakit-penyakit kronik tanpa berikan kesan sampingan serta selama untuk dipraktis secara kerap. Cosmo kongsi lima beratus kebaikan rawatan akupunktur untuk kesihatanmu.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

2) Merawat sakit kronik termasuk artritis.

Akupunktur terbukti lebih efektif untuk merawat sakit belakang kronik berbanding pesakit yang tidak mendapatkan rawatan akupunktur dan hanya menjalani rawatan perubatan moden. Buat pesakit yang menghidapi chronic back pain, terdapat perbezaan dari segi kesakitan yang dialami oleh pesakit yang menerima rawatan akupunktur selama lapan minggu berbanding pesakit yang tidak menerima sebarang rawatan akupunktur – mengikut kajian yang dilakukan oleh University Medical Centre of Berlin pada tahun 2006.

Apa yang lebih mengagumkan, satu kajian yang dilakukan oleh Memorial Sloan-Kettering Department of Epidemiology and Biostatistics, New York, Amerika Syarikat pada tahu 2012 mendapati bahawa akupunktur berikan efek positif kepada empat situasi sakit kronik – back and neck pain, arthritis, chronic headache and shoulder pain.

Penyelidik tersebut mengkaji ujian klinikal yang melibatkan lebih 17,000 pesakit dan keputusannya menunjukkan bahawa pesakit yang mendapatkan rawatan akupunktur mengalami penurunan kesakitan berbanding pesakit yang tidak mendapatkan rawatan akupunktur untuk back and neck muscle aches and pain, osteoarthritis dan chronic headaches. Hasilnya? Akupunktur alternatif terbaik untuk perubatan moden bagi merawat penyakit kronik termasuk arthritis.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor