5 Manfaat Akupuntur Yang Kamu Tak Tahu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
5 Manfaat Akupuntur Yang Kamu Tak Tahu

5 Manfaat Akupuntur Yang Kamu Tak Tahu

Membayangkan jarum-jarum kecil dicucuk ke beberapa titik tubuhmu sahaja boleh berikan kamu mimpi ngeri! Tapi sama seperti perubatan alternatif seperti bekam dan berurut, akupunktur mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan tubuh kamu. Malah, kadang-kala terbukti lebih baik berbanding perubatan moden.

5 Manfaat Akupuntur Yang Kamu Tak Tahu

Foto: Depositphotos

Akupunktur sudah dipraktikkan oleh orang cina sebagai perubatan alternatif sejak beribu tahun yang lalu. Kini kebaikannya sudah diketahui umum dan disokong oleh perubatan moden dan profesional. Sama seperti rawatan bekam dan berurut, ayurveda dan yoga, akupunktur terbukti boleh bantu merawat penyakit-penyakit kronik tanpa berikan kesan sampingan serta selama untuk dipraktis secara kerap. Cosmo kongsi lima beratus kebaikan rawatan akupunktur untuk kesihatanmu.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) Bantu kurangkan pening kepala dan migrain.

Pada 2009, selepas pengkaji daripada Centre for Complementary Medicine di University of Munich, Jerman review 11 kajian yang melibatkan 2,137 pesakit akupunktur, mereka menyimpulkan bahawa akupunktur boleh menjadi alat bukan farmakologi berharga kepada pesakit yang menghidap sakit kepala dan ketegangan kronik yang kerap.

Kajian itu mengkaji pelbagai ujian klinikal yang membandingkan kesan-kesan daripada sesi akupunktur untuk merawat dan melegakan kesakitan akibat daripada migrain dan pening kepala yang kronik. Hasil daripada kajian tersebut mendapati pesakit yang membenarkan jarum akupunktur dicucuk di titik-titik tubuh mereka mengalami pengurangan simptom sakit kepala. Manakala satu follow-up survey dilakukan terhadap pesakit yang kekalkan rawatan alternatif ini dan mendapati mereka mengalami penurunan dari segi jumlah kes sakit kepala dan intensiti kesakitan tersebut.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor