5 Makanan Untuk Tubuh Seksi!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Makanan Ini Bantu Kamu Dapatkan Tubuh Seksi

Hanya dengan kiraan ringkas: Tambah lima makanan berkhasiat ini untuk gaya hidup yang lebih sihat dan penuh tenaga.
Foto: Victoria Secret

Stik Daging

KENAPA? Boleh mengurangkan mood swing dan menambah tenaga.

“Daging merah membantu kamu mengelakkan anemia, iaitu penyebab kekurangan tenaga dan mudah terkena batuk dan selesema. Ia juga sumber zat besi, Vitamin B dan D, zink, selenium serta kalium,” kata Dr Emma Derbyshire dari Meat Advisory Panel.

Telur

KENAPA? Mengurangkan selera makan dan merangsang mood.

“Telur antara makanan yang kaya dengan Vitamin D dan asid amino. Mereka yang makan telur untuk sarapan akan rasa lebih kenyang sepanjang hari,” kata Robert Hobson, pakar nutrisi.

Biji Chia

KENAPA? Baik untuk kulit, rambut dan mengurangkan stress.

“Biji chia kaya omega 3 yang cukup baik untuk kulit, rambut dan kuku yang sihat. Ia juga menstabilkan gula dalam darah bagi mengurangkan tekanan. Tambah biji ini ke dalam sup, salad atau bubur,” kata Patrick Holford, pakar nutrisi.

Yogurt Greek

KENAPA? Maksimumkan senaman.

Martin MacDonald, pakar nutrisi selebriti mencadangkan kamu bertukar ke yogurt Greek. “Ia memiliki tiga kali ganda protein daripada yogurt biasa dan buat kamu rasa kenyang lebih lama, selain membantu memulihkan otot selepas bersenam,” katanya.

Cili

KENAPA? Menambah tenaga dan mengurangkan berat badan.

“Cili mengandungi capsaicinoids yang memberi tenaga. Ia mengurangkan berat badan dengan meningkatkan metabolisme dan membantu rasa kenyang lebih lama. Juga mengurangkan rasa nak makan benda manis dan masin,” kata Emma.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker