5 Kandungan Comedogenic Yang Menjadi Punca Jerawat - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Kandungan Comedogenic Yang Menjadi Punca Jerawat

Sebut saja pasal jerawat, mesti kamu mengeluh, kan? Ugh, memang menjengkelkan.
Foto: Jeffrey Westbrook/Studio D

1.Beeswax

Lilin lebah ini suatu ketika dulu pernah digunakan oleh Firaun kerana kualitinya dalam penyembuhan. Kandungan ini selalunya ada dalam concealers dan foundations, namun ia sebenarnya boleh menyekat bekalan oksigen pada pori-pori. 

2. Minyak kelapa

Ia dikenali bertindak sebagai antibakteria. Malangnya, ia tidak sesuai buat mereka yang mempunyai kulit berminyak. Ada juga yang gunakannya sebagai pelembap. Namun, minyak ini meninggalkan selaput yang menyumbat pori-pori lalu ‘menjemput’ jerawat. 


3. Cocoa Butter

Banyak losen yang mengandungi cocoa butter. Bukan saja baunya yang sedap, tapi ia juga melembutkan dan menghidrat walaupun terdapat dermis yang sangat kering. Ia berfungsi sebagai penghalang untuk melindungi lembapan. Namun, ia tidaklah sempurna seperti yang dibayangkan, kerana ia adalah kotoron, debris dan toksin dalam pori-pori. Bila kamu mahu memilih body butter, gantikan dengan shea.

4. Isopropyl Myristate & Isopropyl Palmitate

Kebiasaanya ditambah dalam produk penjagaan kulit sebagai thickener dan pelincir, komponen-komponen ini sebenarnya berada dalam kedudukan paling tinggi dalam skala comedogenic. Retin-A yang diformulakan sebagai krim hakikatnya mengandungi bahan ini, di mana ia selalu digunakan untuk merawat acne. Cosmo cadangkan lebih baik kamu pilih Retin A dalam bentuk gel. 

5. Silikon

Silikon popular dalam kosmetik kerana ia membuat produk kecantikan lebih selesa apabila dipakai pada kulit. Masalahnya adalah bahan kandungan non-water-soluble ini menghalang oksigen dan memerangkap kotoran dan sebum menyebabkan kulit lebih bermasalah. 

Okey, mungkin kamu buntu bagaimana nak mengelak daripada membeli produk yang ada kandungan ini. Don’t worry, kini sudah ada produk kecantikan non-comedogenic. Ini antaranya…

St. Ives Acne Control Scrub

Ia terkenal dengan panggilan Apricot Scrub. Apa yang menarik tentang produk ini, ia mempunyai formula tebal yang memiliki bauan manis. I turut mengandungi asid salisilik.

RM24.53 (watson.com.my)

Luxe Organic Aloe Vera Soothing Gel 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, gel aloe vera menjadi pilihan mereka yang sangat mengambil berat terhadap penjagaan kulit. Aloe yang memiliki komponen menyamankan dapat menyembuhkan kemerahan kulit dan pada masa sama menawarkan lembapan yang sangat memadai.

RM14 (my.althea.kr)

Human Nature Sunflower Seed Beauty Oil

Minyak bunga matahari sebenarnya kaya dengan vitamin A, D dan E. Serum ini membantu mencerahkan tanda parut, menghidratkan kulit, mengurangkan sembap bawah mata, melembapkan dan banyak lagi.

RM34.90 (shopee.com)

4. Neutrogena Ultra Sheer Dry Touch Sunscreen 

Apa yang bagus tentang produk ini adalah ia menghasilkan ultra light matte sunshield dengan haruman segar, water proof dan bebas daripada minyak. Bolehlah kamu gunakan pelindung matahari ini tanpa rasa kulitmu akan break out.

RM33.40 (lazada.com)

Maybelline Fit Me Matte Poreless Liquid Foundation

Matte foundation ini merupakan solusi terbaik untuk kamu kerana formulanya ringan dan tidak membuat pori-pori tersumbat, serta tampak semula jadi setelah mengoles cecairnya di seluruh wajahmu. 

RM33.40 (lazada.com)

RM49.90 (maybelline.com.my)

Artikel asal: Trizha Abul (cosmo.ph)